Jerman mahu 'pancung' Jerman malam ini

Jepun mahu ‘pancung’ Jerman malam ini

PEMAIN Jepun melakukan persiapan akhir di Doha semalam untuk berdepan Jerman dalam aksi sulung Kumpulan E, Piala Dunia 2022 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Menyerap semangat Samurai Biru, Jepun tidak gentar apabila terpaksa berdepan juara empat kali, Jerman dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2022 hari ini, sebaliknya sudah bersedia ‘memancung’ lawan.

Rekod kurang ‘cantik’ skuad Die Mannschaft di bawah bimbingan Hansi Flick meyakinkan anak-anak buah Hajime Moriyasu bahawa menumbangkan gergasi Eropah itu bukan mustahil.

Bola sepak Jerman amat teruja ketika Flick mengambil alih skuad kebangsaan tahun lalu kerana rekod luar biasanya membawa Bayern Munich muncul juara treble musim 2019-2020 dengan menjulang Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman. 

Begitupun di bawah bimbingannya, skuad Die Mannschaft mencatat satu kemenangan, empat seri dan satu kekalahan dalam Liga Negara-Negara, malah dimalukan 1-2 oleh Macedonia Utara di laman sendiri dalam kelayakan Piala Dunia, April tahun lalu. 

Empat tahun lalu di Russia, Jerman dikalahkan oleh Mexico dan Korea Selatan di peringkat kumpulan, menyebabkan mereka gagal ke pusingan kalah mati.

Jerman juga bergelut untuk menewaskan Oman 1-0 dalam aksi pemanas badan terakhir, lima hari menjelang Piala Dunia.

Pertahanan Jepun, Takehiro Tomiyasu berkata, pasukannya mempunyai kualiti di segenap posisi untuk mengalahkan Jerman. 

“Kami merendah diri tetapi dalam masa sama amat realistik. Kami turun untuk mengalahkan Jerman, kami lebih daripada bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya