Jerman akan pecut dari awal – Havertz

Jerman akan pecut dari awal – Havertz

JERMAN berdepan misi ‘hidup mati’ apabila menentang Sepanyol esok kerana kekalahan akan menyingkirkan mereka di peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kai Havertz menegaskan, Jerman akan memasuki ‘gear 5’ sebaik sahaja wisel permainan ditiupkan untuk me­numpaskan Sepanyol esok.

Selepas kalah mengejut 1-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan E, Rabu lalu, hanya kemenangan akan menyelamatkan juara empat kali itu daripada tersingkir awal dari Piala Dunia 2022.

Skuad bimbingan Hansi Flick itu turut disingkirkan di peringkat kumpulan dalam penampilan terakhir mereka Russia 2018.

“Kami telah menganalisis permainan dengan baik dan melihat kelemahan pasukan, kami mengenal pasti bahagian yang membolehkan kami ­bermain lebih baik.

“Sekarang kami perlu menghadapi Sepanyol dengan prestasi sebenar dan memecut sebaik sahaja wisel perlawanan ditiupkan.

“Ia perlawanan yang sangat sukar, namun kami sudah bersedia,” kata Havertz.

Bintang penyerang Chelsea itu bagaimanapun sedar, pertemuan dengan Sepanyol tidak mudah kerana anak-anak buah Luis Enrique kini berada pada prestasi terbaik selepas mem­belasah Costa Rica dalam aksi pembukaan.

“Kemenangan 7-0 yang dilakar oleh Sepanyol ke atas Costa Rica adalah isyarat jelas kepada kami bahawa mereka berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Penting untuk semua pemain bersatu, menyokong satu sama lain, turun dengan kemahuan paling tinggi untuk memburu kemenangan. Kami harus berubah dengan sepantas mungkin,” katanya.

Sementara itu, legenda Jerman, Jurgen Klinsmann percaya, skuad Die Mannschaft memerlukan keajaiban untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir awal di Qatar.

Klinsmann mengetuai sera­ngan Jerman Barat ketika menjuarai Piala Dunia 1990 dan membimbing mereka ke separuh akhir 2006.

“Persembahan keseluruhan­ tidak cukup baik. Ia bukan ­se­perti yang kami jangkakan selepas bencana di Russia.

“Jika Jerman tidak melakukan keajaiban menentang Sepanyol dan menewaskan Sepa­nyol, mereka mungkin pulang awal,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya