'Hari ini saya terpaksa berputus asa'

‘Hari ini saya terpaksa berputus asa’

KARIM Benzema menjadi bintang terbaharu terpaksa melupakan Piala Dunia 2022 akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Karim Benzema meninggalkan pesanan penuh emosi di media sosial selepas namanya digugurkan daripada skuad Perancis pada Piala Dunia 2022 kerana kecederaan paha.

Berita ketiadaan Benzema tiba pada masa yang buruk kerana skuad Les Bleus hanya tinggal beberapa hari untuk membuka kempen di Qatar, menentang Australia dalam aksi Kumpulan D, Rabu ini.

“Dalam hidup saya, saya tidak pernah berputus asa tetapi malam ini saya perlu memikirkan tentang pasukan seperti yang selalu saya lakukan.

“Itu sebab saya perlu menyerahkan tempat saya kepada orang lain yang boleh membantu pasukan kita meraih keputusan terbaik dalam Piala Dunia. Terima kasih atas semua mesej sokongan anda,” kata pemenang Ballon d’Or itu.

KYLIAN Mbappe hilang gandingan serangan terbaiknya.

Perancis menaruh harapan kepada Benzema dan bintang penyerang Kylian Mbappe untuk membantu mereka memenangi Piala Dunia berturut-turut.

Bagaimanapun, berita ini akan memaksa pengurus pasukan, Perancis Didier Deschamps untuk segera mengubah rancangannya dengan perlawanan Australia hanya beberapa hari lagi.

Sementara itu, Deschamps berjanji Perancis akan terus mempamerkan aksi terbaik walaupun penyerang Real Madrid berusia 34 tahun itu.

Kecederaan lama paha kiri yang kembali menyerang pemain itu pada sesi latihan semalam memerlukan sekurang-kurangnya tiga minggu untuk pulih.

KARIM Benzema sempat menjalani latihan di Doha sebelum mengalami kecederaan berulang di paha.

Benzema tidak bersama Perancis ketika mereka muncul juara dunia di Russia pada 2018, tetapi memainkan peranan besar dalam kempen kelayakan.

“Saya amat bersimpati dengan Benzema. Piala Dunia adalah objektif utamanya. Walaupun ini merupakan tamparan besar untuk pasukan tetapi saya masih yakin dengan barisan pemain yang dimiliki skuad ini.

“Kami akan melakukan segala-galanya bagi menghadapi cabaran besar yang sedang menanti kami di Qatar,” kata Deschamps.

Kecederaan dialami Benzema mendatangkan masalah besar buat Deschamps yang sudah pun kehilangan dua bintang tengah, Paul Pogba dan N’Golo Kante, selain penjaga gol kedua, Mike Maignan, pertahanan Presnel Kimpembe serta penyerang, Christopher Nkunku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya