DOHA: England perlu memenangi aksi pembukaan menentang Iran malam ini atau mereka bakal meneruskan kempen Piala Dunia dengan lebih ‘tegang’.
Pengendali Three Lions, Gareth Southgate berkata, kemenangan ke atas gergasi Asia itu mampu meredakan rasa gemuruh pasukan untuk terus bersaing.
“Kemenangan dalam aksi pembukaan sangat penting dan sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.
Skuad Three Lions telah melakukan persiapan terbaik bagi menoktahkan kemarau trof itu sejak kali terakhir memenanginya pada 1966.
Inside Training has dropped! 🔥
Watch as the #ThreeLions step up preparations at their Al Wakrah training base:
— England (@England) November 19, 2022
“Ia satu perbincangan yang sangat menarik. Persepsi orang ramai berubah dengan sangat cepat.
“Kita perlu ingat apa yang England sudah lakukan sebelum ini. Dia berjaya membawa England ke separuh akhir Piala Dunia dan final Euro. Kita bercakap mengenai margin kecil yang mengubah semua keputusan itu.
“Untuk menerima kritikan adalah sesuatu yang tidak masuk akal selepas berjaya meraih keputusan yang baik bersama England.
“Anda perlu melihat kepada perspektif semasa. Saya tahu ia sukar untuk diterima ketika ini. Tapi lihatlah di mana kita pada Euro 2016 dan sebelum itu berbanding sekarang,” ujarnya.
Southgate berjaya memulihkan pasukan itu untuk kembali menyinar di pentas antarabangsa dengan mara di separuh akhir Piala Dunia 2018 di Russia selain beraksi dalam perlawanan akhir Euro tahun lalu.
Sementara itu, Jordan Henderson percaya, skuad lelaki England perlu mengambil inspirasi daripada kejayaan pasukan wanita mereka menjuarai Euro 2022.
“The Lionesses telah menjalankan tugas yang amat baik dan seluruh negara ini berada di belakang mereka.
“Semoga kami dapat mengambil inspirasi dan mempamerkan prestasi seperti mereka.
Jika kami dapat melakukannya, saya pasti kami akan memperoleh kejohanan yang baik,”ujarnya. – AGENSI