England berpesta gol benam Iran

England berpesta gol benam Iran

Pemain England meraikan jaringan gol ketika menewaskan Iran, 6-2 pada aksi pertama Kumpulan B, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA  : England melaungkan amaran awal bahawa mereka antara pencabar dalam perebutan Piala Dunia 2022 di Qatar apabila mudah menewaskan Iran, 6-2 dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Corak permainan agresif dipamerkan anak buah Gareth Southgate sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan menerusi gandingan Harry Kane, Bukayo Saka dan Raheem Sterling dibahagian serangan.

Kerancakan serangan England bagaimanapun terhenti pada minit ke-10 selepas penjaga gawang Iran, Alireza Beiranvand mengalami kecederaan dibahagian hidung selepas terbabit dalam pelanggaran dengan rakan sepasukan.

Perlawanan terhenti kira-kira tujuh minit sebelum bersambung kemudian dengan jurulatih Iran, Carlos Queiroz membawa masuk Shoja Khalilzadeh menggantikan Alireza pada minit ke-18.

Three Lions hampir menemui gol pada minit ke-29 namun rembatan Mosun Mount tersasar begitu juga tandukan Harry Maguire terkena palang selang dua minit kemudian.

Pemain yang memiliki tanda harga 176.9 juta pound (RM957.70 juta) Jude Bellingham akhirnya menceriakan kem England selepas menjaringkan gol pertama pada minit ke-35.

England terus selesa di depan selepas Saka meledak gol kedua pada minit ke-43 sebelum Raheem Sterling memastikan kelebihan tiga gol tanpa balas selang dua minit kemudian untuk 45 minit babak pertama.

England terus apabila Saka menjaringkan gol keempat buat pasukan dan kedua peribadi selepas 17 minit babak kedua bersambung.

Iran yang berada di ranking ke-20 dunia bangkit memberikan saingan dan berjaya memperolehi gol menerusi penyerangnya Mehdi Taremi pada minit ke-65.

Marcus Rashford yang dibawa masuk pada minit ke-70 tidak menunggu lama untuk membalas kepercayaan Southgate apabila penyerang Manchester United itu meledak gol kelima pasukan selang seminit kemudian.

Jack Grealish turut tersenarai selaku penjaring gol keenam buat England pada minit ke-89 sebelum Mehdi menjaringkan gol kedua peribadi dan pasukan Iran menerusi sepakan penalti dipenghujung perlawanan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya