Daren mara, langkah Tze Yong, Kian Meng-Pei Jing tersekat di Terbuka Hylo - Utusan Malaysia

Daren mara, langkah Tze Yong, Kian Meng-Pei Jing tersekat di Terbuka Hylo

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga wakil negara turun hari ini memulakan aksi pusingan pertama Terbuka Hylo dengan perseorangan lelaki negara, Liew Daren berjaya membalas kekalahan di Paris minggu dengan memperagakan aksi kemas untuk mara ke pusingan kedua.

Aksi yang berlangsung di Saarlandhalle, Jerman sebentar tadi menyaksikan Daren ternyata tidak menghadapi masalah untuk mengatasi pemain Thailand, Sitthikom Thammasin dengan keputusan 21-11, 21-16 dalam tempoh 32 minit.

Menantinya di pusingan kedua merupakan pemain China, Li Shi Feng yang menumbangkan perseorangan lelaki meningkat naik negara, Ng Tze Yong dengan keputusan 21-12, 21-14.

Malang juga buat beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang beraksi longlai disebalik diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan.

Mereka mudah diatasi pasangan Taiwan. Ye Hong Wei – Lee Chia Hsin dengan keputusan 21-6, 21-13 dalam tempoh 13 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya