Cheng Hoe, Rajagopal pilih Brazil juara Piala Dunia

Cheng Hoe, Rajagobal pilih Brazil juara Piala Dunia

TAN Cheng Hoe menendang bola pada perasmian bola rasmi Piala Dunia 2022 di Sunway Pyramid hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dan Datuk K. Rajagobal memilih Brazil sebagai juara Piala Dunia 2022 yang akan membuka kempen di Qatar bermula 20 November ini.

Cheng Hoe yang juga jurulatih Selangor FC berpendapat, meskipun skuad kendalian Tite bakal berhadapan saingan sengit, namun pemain-pemain berbakat yang dimiliki Brazil itu mampu menamatkan kemarau trofi 20 tahun pasukan itu di Piala Dunia.

“Secara tradisinya, Brazil mempunyai ramai pemain berbakat, jadi dengan adanya mereka saya yakin pasukan itu mampu menandingi pencabar lain,” katanya pada majlis perasmian bola rasmi Piala Dunia Qatar yang berlangsung di Sunway Pyramid hari ini.

 

Kali terakhir Brazil memenangi Piala Dunia adalah pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun yang mana pasukan Samba itu menewaskan Jerman 2-0 dalam perlawanan akhir.

Sementara itu,  Rajagobal mengakui tidak sabar untuk menyaksikan Piala Dunia 2022 ini sambil menyifatkan majlis yang berlangsung hari ini mampu merancakkan lagi kemeriahan kejohanan tersebut di Malaysia.

“Ini kejohanan terbesar di dunia, saya yakin ramai di luar sana tidak sabar untuk menunggu sepak mula. Saya berasakan majlis seperti ini akan merancakkan lagi kehangatan Piala dunia di Malaysia.

“Kalau tanya pada saya, saya merupakan peminat tegar pasukan samba (Brazil) dan saya pilih mereka untuk menjuarai Piala Dunia kali ini. Walaupun dalam bola sepak ini apa-apa boleh berlalu tapi saya yakin Brazil akan jadi juara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya