Benzema cedera, rahmat buat Giroud

Benzema cedera, rahmat buat Giroud

KYLIAN Mbappe (kanan), Olivier Giroud (kiri) dan Matteo Guendouzi dalam sesi latihan akhir skuad Perancis di Stadium Jassim-bin-Hamad, Doha semalam dalam persiapan menentang Australia esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kecederaan yang melanda Karim Benzema membuka pintu kepada penyerang veteran, Olivier Giroud untuk menerajui jentera serangan Perancis pada Piala Dunia Qatar 2022.

Benzema menyertai kejohanan berprestij itu sebagai penyerang serba lengkap di dunia, manakala kehadiran Giroud pada awalnya sebagai pemain gantian dalam Les Bleus.

Bagaimanapun, pemenang Ballon d’Or, Benzema dalam kempen Piala Dunia kali ini berkecai selepas dia koyak otot paha pada sesi latihan Sabtu lalu.

Dengan Benzema, 34, yang tersisih sehingga berakhir kejohanan, Giroud dijangka bertukar dari bangku simpanan kepada pemain pilihan yang akan diturunkan menentang Australia dalam Kumpulan D esok.

KARIM Benzema terpaksa melupakan Piala Dunia 2022 kerana kecederaan.

Giroud juga mempunyai motivasi tambahan untuk diturunkan apabila dia ketika ini hanya ketinggalan dua gol selaku penjaring terbanyak Perancis dibawah penyerang legenda Thierry Henry dengan 51 gol.

“Bagi saya ia adalah hadiah terbaik untuk bermain di Piala Dunia ini, saya seperti pemain muda yang muncul dalam Piala Dunia pertama. Ia akan menjadi bonus untuk mengalahkan rekod Titi (Henry).

“Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada pengembaraan ini. Ia adalah sumber kebanggaan yang hebat. Saya dalam keadaan baik dan keazaman saya untuk kekal di peringkat tertinggi tetap sama,” kata Giroud.

Di peringkat kelab, Giroud yang ketika ini berumur 36 tahun mempamer ketajamannya bersama AC Milan musim ini dan sentiasa menunjukkan keghairahan untuk menjaringkan gol.

Situasi dalam kem Perancis itu juga menunjukkan satu lagi perubahan dalam nasib antara Giroud dan Benzema, dan kali ini ‘tuah’ lebih memihak kepada Giroud.

Olivier Giroud (kiri) dalam sesi latihan Perancis.

Giroud yang beraksi baik pada Kejohanan Eropah (Euro) 2016 kini menjadi pilihan utama untuk bergandingan dengan Kylian Mbappe mengetuai jentera serangan.

Mereka juga adalah gandingan yang membawa Les Bleus menjulang Piala Dunia 2018 di Russia.

Tidak lama selepas itu, Benzema yang ditamatkan ‘penggantungan’ mengambil tempat Giroud dalam Euro 2020, tetapi Sabtu lalu takdir kembali memihak kepada Giroud selepas penyerang Real Madrid itu ditimpa kecederaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya