DOHA: Belgium menarik nafas lega apabila berjaya melakar kemenangan tipis ke atas Kanada dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia 2022 di Stadium Ahmed bin Ali, Qatar.
Bagaimanapun gol yang dicari Belgium hadir pada lewat permainan separuh masa pertama menerusi Michy Batshuayi pada minit ke 44.
Kedua-dua pasukan kian agresif menyerang satu sama lain di babak kedua, bagaimanapun tiada pertambahan jaringan dapat disaksikan, dan keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat perlawanan.
Belgium kini menerajui Kumpulan F setelah Maghribi dan Crotia terpaksa berkongsi satu mata seri melakar keputusan seri tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan.