Bekas pemain selar KRP tarik diri Piala Agong

Bekas pemain selar KRP tarik diri Piala Agong

(Dari kiri) A Rahim Hashim, Wan Rosli Wan Mansor dan Zulkifly Hairi Osman dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga bekas pemain ragbi Perak menyelar Kesatuan Ragbi Perak (KRP) kerana menarik diri dari Kejohanan Piala Agong 2022 bermula 5 November ini.

Tiga pemain terbabit adalah Wan Rosli Wan Mansor, A Rahim Hashim dan Zulkifly Hairy Osman.

Mereka menyifatkan tindakan KRP itu sebagai memalukan negeri Perak.

“Belum pernah terjadi Perak menarik diri daripada Piala Agong selama ini. Saya tidak tahu apa sebab dan alasan KRP berbuat demikian. Saya malu dengan tindakan KRP ini,” kata Wan Rosli.

Beliau yang juga kapten Perak era 1980-an berkata, tidak ada sebab untuk KRP menarik diri daripada Kejohanan yang menjadi lambang keagungan sukan ragbi negara.

Rahim pula mahu Presiden KRP, Syed Saifullah Alsagoff memberi penjelasan atas tindakan itu.

“KRP kena jelaskan kepada rakyat apa sebab mereka menarik diri. Jika kewangan saya rasa ia boleh diselesaikan.

“Ia bukan isu baharu. Kepimpinan dahulu juga hadapi masalah kewangan tetapi mereka tidak menarik diri dari kejohanan,” katanya.

Sementara itu, Zulkifly Hairy Osman berkata, tindakan KRP hanya merugikan pemain .

“Perak melahirkan ramai pemain berbakat tetapi apa akan jadi kepada nasib pemain berikutan tindakan KRP ini. KRP jangan ikut langkah Sabah dan Kedah yang menarik diri.

“Perak punyai rekod cemerlang dalam sukan ini” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya