Bekas juara Olimpik, dunia jurulatih baharu badminton Malaysia?

Bekas juara Olimpik, dunia jurulatih baharu badminton Malaysia?

TONY Gunawan (kiri) memenangi pelbagai kejuaraan bersama Candra Wijaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda badminton Indonesia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Tony Gunawan disebut-sebut bakal menguatkan barisan kejurulatihan skuad badminton Malaysia dalam masa terdekat.

Menurut sumber, rundingan kini sedang dijalankan di antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan Tony serta beberapa jurulatih dari Korea Selatan dan Indonesia.

Badan badminton kebangsaan itu mahu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh dua jurulatih Indonesia, Flandy Limpele dan Paulus Firman.

Difahamkan, jurulatih tersebut akan memulakan tugasan bersama skuad kebangsaan pada hujung tahun ini.

Bersama Candra Wijaya, Tony, 47, pernah memenangi pingat emas beregu lelaki pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan kejuaraan dunia 2002 di Seville.

REXY MAINAKY

Dia kemudian berhijrah ke AS pada di mana Tony meneruskan karier badmintonnya dengan bergandingan bersama Howard Bach.

Bersama Bach, dia mengejutkan bekas pasangannya, Candra yang bergandingan dengan Sigit Budiarto untuk muncul juara dunia 2005 di Anaheim.

Tony dikatakan antara beberapa calon yang melalui proses temu duga bersama Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Dr. Tim Jones dan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.

BAM ketika ini kekurangan tenaga jurulatih dalam acara beregu selepas Flandy  dan Paulus  meninggalkan badan induk itu, awal tahun ini.

Flandy yang membantu beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu kembali ke pangkuan Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI) sebagai jurulatih beregu campuran, manakala Paulus menjadi ketua jurulatih beregu Singapura.

Rexy kini hanya dibantu empat jurulatih beregu, Tan Bin Shen, Hoon Thien How, Teo Kok Siang dan Lee Meng Yean. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya