Bale mahu Wales bangkit benam England

Bale mahu Wales bangkit benam England

BALE Kelihatan suram selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Iran dalam saingan Kumpulan B di Piala Dunia Qatar 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Bintang Wales, Gareth Bale berkata, pasukannya dalam keadaan menyedihkan selepas tewas mengejut 2-0 kepada Iran dalam perlawanan kedua Kumpulan B pada Piala Dunia Qatar 2022.

Kekalahan kepada skuad kendalian Carlos Queroz itu menyaksikan harapan Wales untuk mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 64 tahun telah mengalami tamparan hebat.

The Dragons beraksi dengan sepuluh pemain empat minit sebelum tamat apabila penjaga gol Wayne Hennessey dilayangkan kad merah, sebelum Iran menjaringkan dua gol pada masa kecederaan menerusi Rouzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian.

Wales selepas ini turun dalam misi wajib menang ke atas England dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka pada hari Selasa ini jika mahu mencerahkan peluang untuk layak ke peringkat kalah mati.

Bale, yang mungkin beraksi dalam Piala Dunia pertama dan terakhirnya berkatra, dia sangat sedih selepas perlawanan tetapi mahu rakan sepasukannya bangkit dengan cepat untuk perlawanan yang sukar selepas ini.

“Kami kecewa, tidak ada cara lain untuk mengatakannya. Kami bertarung sehingga detik terakhir dan kami perlu pergi lagi, memang semua kecewa kecewa tetapi, kami perlu segera bangkit. Ia pasti sukar bagi kita. Kita perlu lihat.

“Apa yang boleh saya katakan? Kami baiki dan hadapinya semula dalam perlawanan terakhir,” kata Bale yang juga penyerang Los Angeles FC.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya