Azrai muncul wira bantu Malaysia Tigers bangkit tewaskan Kanada 3-2 - Utusan Malaysia

Azrai muncul wira bantu Malaysia Tigers bangkit tewaskan Kanada 3-2

Azrai Abu Kamal meledak dua gol ketika membantu Malaysia menang 3-2 ke atas Kanada di Piala Negara Negara. Foto: FIH/World Sports
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara akhirnya merakamkan kemenangan pertama dalam kempen Piala Negara-Negara di Potchefsroom, Afrika Selatan apabila menewaskan Kanada dalam aksi yang berlangsung di Universiti North West sebentar tadi.

Malaysia ketinggalan pada suku kedua permainan apabila Sean David membuka tirai jaringan pada minit ke 19.

Malaysia terpaksa menanti sehingga suku ketiga permainan untuk menyamakan kedudukan apabila Firhan Ashari menyumbat gol pada minit ke 33 menerusi pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, selang tujuh minit kemudian, Kanada menggandakan jaringan apabila Gordon Johnston menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke 40.

Tatkala Kanada bakal menamatkan saingan dengan kemenangan, Azrai Abu Kamal menjadi wira negara apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir untuk menghadiahkan tiga mata pertama negara dalam kejohanan ini.

Malaysia kini di tangga ketiga kumpulan, berkongsi mata dengan Jepun, manakala Korea Selatan selesa menerajui Kumpulan B dengan enam mata.

Justeru Malaysia kini perlu melakar kemenangan ke atas skuad Matahari Terbit itu untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

“Kita ketinggalan dua gol pada permulaan, dan untuk pemain keluar semula dan berjuang untuk menang boleh disifatkan satu kemenangan besar buat diri mereka untuk pamerkan kebangkitan, itulah yang membanggakan, namun saya juga kecewa apabila kita kurang beri perhatian untuk menjaga kawasan dan pemain serta tindak balas pemain dalam keadaan itu, adalah sesuatu yang kita kena perbaiki dengan pantas.

“Esok mereka bakal rehat dan kita akan kaji semula permainan kita untuk menghadapi perlawanan menentang Jepun,” jelas penggendali negara, Arul Selvaraj.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya