Ayuh tamatkan penantian 39 tahun

Ayuh tamatkan penantian 39 tahun

MALAYSIA muncul juara Piala Sultan Azlan Shah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sepanjang 29 kali Piala Sultan Azlan Shah dilangsungkan sejak 1983, Malaysia menjadi tuan rumah dengan amat berjaya, namun tidak pernah sekali pun bergelar juara.

Pencapaian terbaik Speedy Tigers adalah bergelar naib juara pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Kini, selepas 39 tahun sejak Piala Sultan Azlan Shah dianjurkan, Malaysia sekali lagi berada di landasan untuk memecah kebuntuan dengan merangkul kejuaraan buat kali pertama.

Ketua Jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj percaya, selepas menumpaskan Jepun 4-2 kelmarin, anak-anak buahnya tampak lebih ghairah dan berkeyakinan untuk merampas kejuaraan apabila berdepan Korea Selatan pada final esok.

“Mereka beraksi dengan penuh semangat, bersungguh-sungguh, laju, bekerja sebagai satu pasukan dan menunjukkan perwatakan mantap. Mereka tidak berhenti hingga ke wisel penamat,” kata Arul.

Kata-kata Arul itu berasas kerana pemain negara menunjukkan ciri-ciri sama ketika menentang Mesir dan Afrika Selatan sebelum ini.

Pertemuan dengan Jepun berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Arul berkata, Malaysia ingin menamatkan cabaran lawan pada suku ketiga dan berjaya melaksanakannya.

“Saya risau kerana kita memberi terlalu banyak pukulan sudut penalti di penghujung perlawanan. Pemain kena belajar bertenang,” katanya.

SPEEDY Tigers akan menentang Korea Selatan dalam final Piala Sultan Azlan Shah esok. – IHSAN MHC

Jurulatih itu memuji persembahan penjaga gawang, Hafizzudin Othman kerana menyelamat pukulan penalti untuk pada minit ke-38 untuk menghalang Jepun menyamakan kedudukan 3-3.

“Saya gembira dia bangkit selepas dikecam pada perlawanan pertama berikutan persembahan buruk ketika kita tumpas kepada Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan,” katanya.

Arul lega kerana Malaysia mendapat rehat dua hari sebelum turun bertemu Korea Selatan dalam perlawanan akhir selepas beraksi tiga hari berturut-turut.

Jika Malaysia turun sebagai pasukan No. 10 dunia, Korea Selatan pula berada di ranking ke-12, namun kejayaan pasukan itu menumpaskan skuad negara 3-0 pada pertemuan pertama, 1 November lalu membuktikan mereka lawan yang amat kental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya