Argentina sekat 6,000 peminat masuk stadium Piala Dunia Qatar

Argentina sekat 6,000 peminat masuk stadium Piala Dunia Qatar

SEBAHAGIAN penyokong Argentina sudah berada di Doha menantikan detik Piala Dunia dibuka pada 20 November. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Peminat ganas yang terlibat dalam pertubuhan haram, malah mereka yang berhutang makanan antara 6,000 warga Argentina yang tidak dibenarkan memasuki stadium Piala Dunia 2022 Qatar, kata pentadbir bandar raya Buenos Aires hari ini.

“Yang ganas ada di sini dan di Qatar. Kami mahu mengembalikan keamanan kepada bola sepak dan yang ganas harus berada di luar stadium.

“Mereka diletakkan dalam golongan barras (peminat ganas), terlibat dengan keganasan dan pertubuhan haram. Pertubuhan itu seperti trapitos (peniaga jalanan yang diharamkan).

“Bagi memastikan keamanan pada Piala Dunia, seperti biasa delegasi polis setiap negara akan dihantar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Qatar,” kata Menteri Kehakiman dan Keselamatan Bandar, Marcelo D’Alessandro dalam temu bual di stesen radio tempatan.

Pada Jun lalu, Kementerian Keselamatan Argentina menandatangani perjanjian kerjasama dengan kedutaan Qatar untuk menghalang samseng dari negara itu menghadiri Piala Dunia.

D’Alessandro berkata, daripada 6,000 warga Argentina yang dilarang memasuki stadium, kira-kira 3,000 adalah daripada kumpulan barra brava (kongsi gelap), di mana golongan ini juga tidak dibenarkan masuk ke stadium dalam perlawanan domestik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya