Air mata kecewa iringi kekalahan Eain Yow

Air mata kecewa iringi kekalahan Eain Yow

NG EAIN YOW (kiri) membalas pukulan yang dilakukan Joel Makin pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya air mata mengiringi kekalahan Ng Eain Yow selepas pemain skuasy No. 1 negara itu mensia-siakan peluang terbaiknya untuk menundukkan jaguh Wales, Joel Makin pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Anak muda kelahiran Kuala Lumpur itu tewas dalam perlawanan yang berlangsung sengit dan berlanjutan lebih sejam 6-11, 11-6, 11-8, 9-11, 5-11.

Eain Yow yang menghuni ranking ke-20 dunia menyimpan hajat untuk membalas dendam ke atas seteru ketatnya itu, lebih-lebih lagi dia beraksi di tanah airnya sendiri.

Namun, usaha keras tersebut gagal diterjemahkan dengan kemenangan, sehingga pemain berusia 24 tahun itu gagal membendung perasaan kecewanya apabila dia menangis selepas kecundang di tangan Makin yang menghuni ranking No. 11 dunia.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod pertemuan antara Eain Yow dan Makin semakin melebar menjadi 0-5.

Eain Yow ketika ditemui pemberita mengakui kekuatan lawannya itu menjadi faktor kepada kekalahannya.

“Saya sendiri mempersiakan peluang ketika sedang mendahului selesa, Makin pula dia seorang pemain yang berpengalaman luas.

“Apabila ketinggalan, dia berusaha mengejar saya dan berjaya memintas bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Eain Yow, apa yang memberi pengajaran kepadanya ialah memanfaatkan apa sahaja peluang untuk meraih mata dan tidak semestinya beraksi baik akan menghadiahkan kemenangan.

Jelasnya lagi, dia tewas bukan disebabkan tekanan, tetapi, sebaliknya Makin yang membuktikan dia bukanlah calang-calang pencabar untuk ditewaskan.

“Dia bermain dengan cemerlang, dia terus mendesak dan menekan permainan saya sehingga menutup ruang untuk saya berlari dengan bebas,” ujarnya.

Sementara itu, turut mengikut jejak langkah Eain Yow terkandas di pusingan kedua ialah pemain wanita negara, Chan Yiwen yang tewas kepada pilihan keenam, Melissa Alves dari Perancis 10-12, 4-11, 5-11 dalam masa 29 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya