Air mata ‘buli’ bertukar tangisan pingat emas

Air mata ‘buli’ bertukar tangisan pingat emas

G. Daneshan (tengah) bersama Azrul Abd. Rashid (kiri) dan Ramdi Rahimin selepas dikalungkan pingat emas memanah compound lelaki terbuka pada Para Sukma 2022 di Padang MSN, Bukit Jalil semalam. – UTUSAN/AIZAWATI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: G. Daneshan pernah menjadi mangsa buli di bangku sekolah hanya kerana dia orang kurang upaya (OKU), tetapi atlet memanah Kedah itu kini sudah boleh berbangga kepada mereka yang pernah menghinanya.

Atlet berusia 25 tahun itu menggondol pingat emas pada Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dalam acara compound terbuka lelaki setelah mengumpul 694 mata di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Pingat perak milik seorang lagi wakil Kedah, Azrul Abd. Rashid setelah mengumpul 653 mata dan gangsa dimenangi peserta Sabah, Ramdi Rahimin yang mengutip 652 mata.

Mengimbas kisah silamnya, Daneshan yang memiliki kecacatan kaki kanannya akibat pe­nyakit polio berkata, gara-gara tidak tahan dengan penghinaan yang diterima, dia pernah terbabit dalam banyak kes pergaduhan di sekolah.

“Saya masih ingat, ayah datang ke sekolah dan dia mena­ngis di depan saya. Akhirnya saya cakap pada ayah, lebih baik saya berhenti sekolah sahaja. Masa itu saya tingkatan tiga.

“Selepas saya berhenti sekolah, ada orang yang kenalkan saya dengan jurulatih memanah bernama Puven, selepas berjumpa dengannya dia minta saya kembali ke sekolah,” katanya.

Daneshan yang bergandi­ngan dengan Nur Jannaton Abdul Jalil untuk memenangi pingat emas compound beregu campuran pada Para Asean di Solo, Indonesia, baru-baru ini, memberitahu, selepas bergelar atlet kebangsaan, orang yang pernah membulinya ada menghubu­nginya kembali.

“Saya tak sangka mereka meng­hubungi saya. Kawan saya itu tanya adakah saya kini mewakili negara, saya jawab dengan bangga, benar saya kini dengan skuad kebangsaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya