Verstappen tiada ‘ihsan’ buat Perez

Verstappen tiada ‘ihsan’ buat Perez

idak akan memberi laluan kepada rakan sepasukan, Sergio Perez yang mengharapkan kemenangan pada Grand Prix Mexico esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Max Verstappen tidak akan memberi laluan kepada rakan sepasukan, Sergio Perez biarpun sudah bergelar juara dunia kerana dia mampu melakar rekod Formula Satu (F1) jika menjuarai Grand Prix (GP) Mexico esok.

Pemandu Red Bull berusia 25 tahun itu mahu memburu kemenangan ke-14 musim ini dan tidak bersedia menghadiahkan kemenangan kepada Perez walaupun rakan sepasukannya amat berharap untuk menang di depan penyokong sendiri.

Verstappen ketika ini ber­kongsi rekod 13 kemenangan dalam tempoh semusim bersama dua pemandu Jerman iaitu juara du­nia tujuh kali, Michael ­Schumacher dan Sebastian Vettel.

Pemandu Belanda itu juga mengimpikan Red Bull akan menguasai kedudukan 1-2 dalam carta pemandu dunia, pencapaian yang tidak pernah diraih sebelum ini.

“Ia bukan tentang pemberian hadiah. Selagi kami menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua, ia akan membuat pasukan gembira.

“Maksud saya, Checo (Perez) cukup bagus untuk menang dengan kemampuannya sendiri. Kami akan lihat kedudukan kami hujung minggu ini, di mana kami akan berada.

“Tentu sekali memenangi kejuaraan di depan penyokong sendiri satu perasaan yang menakjubkan dan saya pasti dia akan melakukannya dengan baik,” kata Verstappen.

Verstappen mendahului kedudukan teratas dunia dengan kelebihan 124 mata me­ngatasi Charles Leclerc, manakala Perez dua mata di belakang pemandu Ferrari itu.

Kalendar F1 2022 berbaki tiga pusingan di Mexico, Brazil (14 November) dan Abu Dhabi (20 November). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya