Tragedi ‘bendang’ Bukit Jalil tidak akan berulang

Tragedi ‘bendang’ Bukit Jalil tidak akan berulang

KONTROVERSI Kelayakan Piala Asia 2023 yang menyaksikan pihak pengurusan SNBJ dikritik gara-gara tidak bersedia menangani situasi padang bertakung akibat hujan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) akan menjadi ‘sarang’ Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF 2022 yang membuka tirai 20 Di­sember depan, padang ‘bendang sawah’ yang membayangi Kelayakan Piala Asia 2023 terus menjadi kebimbangan peminat.

Pada Jun lalu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dikritik kerana gagal memastikan padang dalam keadaan terbaik untuk perlawanan bola sepak khususnya melibatkan skuad kebangsaan.

Imej bola sepak Malaysia menjadi perhatian dunia, terutama selepas petugas stadium menggunakan peralatan tidak sepatutnya seperti penyodok sampah untuk mengeluarkan air yang bertakung.

Enam bulan selepas tragedi ‘bendang’ itu, SNBJ sekali lagi akan menganjurkan kejohanan besar, Piala AFF selepas FAM mengetepikan empat venue alternatif – Stadium Sultan Ibrahim (Johor), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Terengganu), Stadium Hang Jebat (Melaka) dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

“Kami sedia maklum mengenai kea­daan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama PSM dalam usaha memastikan kualiti padang pada tahap memuaskan.

“Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.

Sejak insiden Kelayakan Piala Asia, SNBJ telah diuji dalam final Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu FC (10 September) dan perlawanan akhir Piala AFC melibatkan Kuala Lumpur City (KL City) bertemu kelab Oman, Al-Seeb, Sabtu lalu.

PSM tampak lebih bersedia dengan menyediakan ‘pelan kecemasan’ sekiranya hujan lebat, termasuk meminjam kanvas yang menutupi permukaan padang.

Senario Piala AFF 2022 juga berbeza kerana jarak antara antara perlawanan lebih panjang berbanding kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung secara berturut-turut.

Bagi Piala AFF, Bukit Jalil akan digunakan untuk perlawanan melibatkan Malaysia menentang Laos pada 24 Disember dan bertemu Singapura, 3 Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya