Sze Fei-Izzuddin penyelamat Malaysia di Perancis

Sze Fei-Izzuddin penyelamat Malaysia di Perancis

GOH Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani meneruskan cabaran ke pusingan kedua Terbuka Perancis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas tersingkirnya Lee Zii Jia dalam  perseorangan lelaki, kem badminton negara terus malang apabila beberapa lagi pemain harapan tersungkur pada pusingan pertama Terbuka Perancis hari ini.

Bermula dengan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akur dengan lawan dari Indonesia, Rehan Kusharjanto – Lisa Kusumawati 14-21, 10-21.

Pasangan muda, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei juga gagal meneruskan kemaraan apabila tumbang kepada wakil Korea Selatan, Yong Jin Shin-Shin Seung Chan 18-21, 17-21.

Juara dunia,  Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletak sebagai pilihan keempat pula tunduk di tangan lawan dari China, Liang Wei Kang -Wang Chang 13-21, 14-21.

Skrip sama turut menimpa gandingan Tan Kiang Meng-Tan Wee Kiong yang tersungkur di tangan juara All England, Shohibul Fikri-Bagas Maulana 19-21, 12-21.

AARON CHIA-SOH WOOI YIK

Dalam beregu wanita pula, Vivian Hoo- Lim Chiew Sien gagal menandingi kehebatan lawan dari Scotland, Julie Mcpherson dan Ciara Torrence dengan keputusan 21-6, 13-21, 18-21.

Pembantu jurulatih Lee Zii Jia, Liew Daren cuba untuk menghidupkan sisa perjuangan negara dalam perseorangan lelaki, namun sukar untuk menandingi wakil dari India, HS Prannoy dengan keputusan 16-21, 21-16, 16-21.

Lebih mengecewakan, Daren turut dilayangkan kad merah oleh pengadil susulan melempar raket sejurus tamat perlawanan.

LIEW DAREN

Bagaimanapun wakil terakhir yang turun ke gelanggang, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengukir kembali senyuman buat kem Malaysia apabila menjadi satu-satunya wakil yang lolos pada hari ini apabila membuat kejutan menewaskan pilihan keenam kejohanan, Kim Astrup-Anders Rasmussen 21-19, 21-10.

Justeru Malaysia akan mempunyai lima wakil pada pusingan kedua esok termasuk Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita), Tan Kian Meng -Lai Pei Jing (beregu campuran), serta Teo Ee Yi-Ong Yew Sin-Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya