Syritsa tawan peringkat pertama LTdL 2022

Syritsa tawan peringkat pertama LTdL 2022

PELUMBA Astana Qazaqstan, Syritsa Gleb meraikan kejayaan muncul juara peringkat pertama Le Tour de Langkawi 2022 sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gleb Syritsa mengetepikan cabaran getir beraksi dalam hujan untuk muncul pelumba pertama tiba di garisan penamat pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang berakhir di perkarangan Menara Berkembar Kuala Lumpur hari ini.

Pelumba muda Russia dari pasukan Astana Qazaqstan itu mengetepikan pencabar dari Uno-X Pro Cycling, Erlend Blykra di tempat kedua, manakala pelumba pasukan Movistar, Max Kanter meraih nombor tiga.

Kemenangan itu menyaksikan Syritsa, 22, dianugerahkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan, selain jersi Hijau, Raja Pecut apabila berjaya mengumpul keseluruhan 15 mata.

Biarpun LTdL 2022 menampilkan enam pasukan Jelajah Dunia, namun ia tidak menghadirkan kegerunan buat pasukan tempatan, Terengganu Polygon Cycling (TSG) apabila berjaya memberikan saingan.

PELUMBA Uno-X Pro Cycling, Blikra Erlend (kanan) bergambar bersama Cahyadi Aiman dari pasukan Mula selepas tamat peringkat pertama LTdL 2022 hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Perlumbaan peringkat pertama yang bermula di Kuala Pilah dan berakhir di Kuala Lumpur dengan jarak 157.3 kilometer (km) menawarkan tiga zon pecutan di Kuala Senaling, Rembau dan juga Senawang, serta lima zon pendakian iaitu di Senaling, Bukit Miku, Mantin, Tekali dan Ampang.

Barisan pelumba tempatan diterajui Nik Azwan Zulkifli dari pasukan kebangsaan dan Nur Aiman Zhariff berjaya meloloskan diri dari peloton untuk menempatkan diri dalam kelompok sembilan pelumba di hadapan.

PELAJAR sekolah memberi semangat kepada pelumba pada perlumbaan sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

 

Hujan yang membasahi semenjak dari Seremban sehingga ke Semenyih tidak sedikit pun melunturkan kayuhan mereka dengan cuba mengutip mata di beberapa zon pecutan dan dakian, terutama Aiman yang berjaya menawan zon dakian di Bukit Miku dan Mantin.

Pelumba TSG, Jambaljamts Sainbayar menakluk dua zon pecutan di Rembau dan Senawang serta dua zon pendakian di Senaling dan Tekali membuahkan hasil lumayan apabila dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia untuk peringkat pertama, untuk menyarung jersi putih dan jersi Merah, Raja Bukit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya