Stadium Bukit Jalil kekal 'home' Harimau Malaya

Stadium Bukit Jalil kekal ‘home’ Harimau Malaya

Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) sebagai ‘home’ skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF 2022 bermula 20 Disember 2022.

Selain itu, Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja pada 9 Disember 2022 sebagai persiapan pasukan juga akan berlangsung di Stadium Nasional.

Bagaimanapun, satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives pada 14 Disember 2022 akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

“FAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Dstuk Seri Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan daripada pihak beliau untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional sebagai ‘Home of Harimau Malaya’ bagi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

“Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.

“Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya