Speedy Tigers dalam 'mode' sedia untuk bertarung

Speedy Tigers dalam ‘mode’ sedia untuk bertarung

PEMAIN Speedy Tigers menerima kata-kata semangat daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak di Bukit Jalil semalam. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia sudah dipersiapkan sepenuhnya untuk bertarung dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 yang alan membuka tirai di Stadium Azlan Shah, 1 November ini.

Ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj berkata, anak-anakhanya hanya menunggu tiupan wisel permulaan kejohanan itu.

“Selepas dua tahun tidak diadakan, penganjuran semula kejohanan kali ini membakar semangat pemain,” katanya.

Arul berkata, Malaysia akan menurunkan kesebelasan terbaik biarpun tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

“Bagi pemain Malaysia ini kesempatan terbaik menunjukkan kemampuan kepada peminat hoki tanah air.

“Saya rasa peminat juga menunggu dengan penuh debaran untuk menyaksikan perlawanan bertaraf tinggi,”katanya.

Menurut jurulatih itu, dia akan menamakan pemain terpilih selepas menerima laporan kesihatan pemain daripada doktor pasukan.

“Ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan kedudukan mereka bergantung kepada laporan doktor.

“Apapun saya mempunyai pemain mencukupi untuk membentuk pasukan,” katanya yang akan berlepas ke Ipoh bersama seluruh pasukan, Khamis ini.

Menurut jurulatih itu, pada mula beliau merancang mengadakan perlawanan ujian dengan Jepun yang tiba di Ipoh awal pagi ini tetapi membatalkannya atas sebab tertentu.

Arul berpendapat peluang semua enam pasukan meraih gelaran cerah berikutan ketiadaan Australia, India dan New Zealand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya