Skuad hoki negara mampu tewaskan mana-mana pasukan - Amin

Skuad hoki negara mampu tewaskan mana-mana pasukan – Amin

PENGURUS India, Mohd. Intekhab Alam (kiri) bersama pengurus Malaysia, I. Vikneswaran memegang Piala Sultan Johor di Pinetree Marina Resort, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Biarpun tampil dengan skuad muda yang kurang berpengalaman, pasukan hoki remaja negara diyakini mampu menundukkan mana-mana pasukan dalam saingan Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10.

Itu keyakinan Ketua Jurulatih, Muhammad Amin Rahim yang akan membuka langkah bertemu juara dua kali, India pada perlawanan pertama esok.

Walaupun berdepan dengan pasukan yang lebih berpengalaman dan kuat, dia yakin pasukan yang dibarisi 14 pemain yang beraksi buat kali pertama di pentas antarabangsa mampu mencapai keputusan yang positif.

“Yang penting ialah bagaimana pemain mempersiapkan diri mereka dari segi teknikal dan taktikal serta minda mereka. Hanya fokus pada diri dan pasukan sahaja.

“Kita tak perlu gentar berdepan dengan mana-mana pasukan, tak mustahil kita boleh kalahkan pasukan lawan bagi meraih pencapaian terbaik,” katanya hari ini.

Muhammad Amin berkata, SOJC ialah pentas terbaik bagi pasukan remaja mempamerkan kemampuan diri, sekali gus memperbaiki persembahan pasukan.

Kejohanan itu adalah fasa pertama membentuk pasukan bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Dunia 2023.

Sementara itu, Ketua Jurulatih India, Alam Mohammad tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana ini adalah kali pertama pasukan beraksi sejak pandemik Covid-19.

Dia hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk membariskan pasukan terbaik yang diperkuatkan dengan kehadiran tujuh pemain yang mempunyai cap bersama pasukan senior.

“Disebabkan Covid-19, kami tidak berkesempatan menguji kekuatan pasukan sama ada menerusi perlawanan percubaan mahu pun perlawanan persahabatan.

“Esok adalah perlawanan pertama kami dalam tempoh dua tahun. Kami harap mampu melakukan tugas sebaik mungkin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya