Seorang maut, kanak-kanak buta dalam keganasan

Seorang maut, kanak-kanak buta dalam keganasan

KEADAAN penyokong Gimnasia yang terkena tembakan gas pemedih mata di Stadium Juan Carmelo Zerillo ketika menonton perlawanan Liga Primera menentang Boca Juniors di La Plata, Argentina semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Seorang peminat maut, manakala ratusan lagi cedera selepas berlaku rusuhan membabitkan polis tempatan ketika perlawanan liga bola sepak utama Argentina di antara Boca Juniors dan Gimnasia semalam.

Penyokong mengasak polis dalam cubaan memasuki Stadium Juan Carmelo Zerillo yang sudah padat.

Polis yang cuba untuk me­leraikan kumpulan penyokong berkenaan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sehingga perlawanan tertangguh selama sembilan minit.

Pihak polis kemudian me­ngunci pagar bagi menghalang penyokong meninggalkan stadium, dan situasi menjadi tidak terkawal apabila ribuan penonton menyerbu ke te­ngah padang untuk melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata.

Menteri Keselamatan Buenos Aires, Sergio Berni mengesahkan seorang penyokong Gimnasia berusia 57 tahun, yang mengalami masalah jantung meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital, sementara seorang kanak-kanak menjadi buta akibat ­terkena gas pemedih mata.

PEMAIN Gimnasia menahan pedih mata selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

“AFA (Persatuan Bola Sepak Argentina) tidak dapat me­nerima kejadian yang berlaku di Gimnasia dan melaungkan komitmen untuk membasmi insiden yang mencalarkan bola sepak,” kata badan bola sepak negara itu dalam satu kenya­taan.

Penyokong Boca telah diharamkan menghadiri perlawanan tersebut sebagai langkah mengelak insiden buruk berlaku, iaitu sejak rusuhan tercetus pada 2013.

Ini tragedi bola sepak kedua membabitkan gas pemedih mata selepas insiden di Indonesia minggu lalu yang ­meragut nyawa 131 penyokong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN