Semua pasukan mahu elak jumpa JDT

Semua pasukan mahu elak jumpa JDT

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perebutan gela­ran naib juara Liga Super musim ini semakin menarik kerana tiga pasukan berusaha menutup kempen di tangga kedua bagi mengelak bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada peringkat awal Piala Malaysia.

Dalam undian Piala Malaysia 2022 yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam, JDT yang menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan hanya berpotensi bertemu naib juara Liga Super dalam perlawanan akhir.

Itu bermakna, Sabah, Terengganu FC dan Negeri Sembilan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan mereka menutup kempen liga di tangga kedua demi mencari laluan ‘selamat’.

Dengan format baharu yang diperkenalkan Piala Malaysia tahun ini, undian awal yang dilakukan MFL semalam membolehkan pasukan mula mencongak laluan mereka, dan me­ngelak bertemu Harimau Selatan menjadi misi utama.

Justeru, baki tiga perlawanan Liga Super amat menarik untuk diikuti peminat bola sepak.

JDT pasukan yang amat digeruni semual lawan.

JDT akan memulakan kempen dengan bertemu pasukan tangga kesembilan Liga Super, dan ketika ini kedudukan itu dihuni Petaling Jaya City (PJ City), namun semua boleh berubah apabila jadual liga lengkap sepenuhnya.

Juara 33 kali, Selangor yang kini berada di tangga kelapan pasti akan berusaha memenangi baki perlawanan mereka bagi mengelak jatuh ke tangga ke­sembilan.

Juara bertahan, Kuala Lumpur City (KL City) yang masih segar dengan kejayaan mara ke final Piala AFC berada di tangga kelima, kedudukan yang perlu dipertahankan untuk mengelak JDT.

SELEPAS membantu Selangor membenam Melaka United 5-0 dalam aksi pertamanya sebagai jurulatih Red Giants, Tan Cheng Hoe (dua kanan) berharap untuk memacu pasukan itu melangkah jauh pada kempen Piala Malaysia 2022. – IHSAN SELANGOR FC

“Dengan perubahan format kepada kalah mati, ia memberi ruang buat pasukan dan MFL untuk memastikan perlawanan dapat dihabiskan sebelum 30 November kerana tarikh itu adalah tarikh yang rata-ratanya pemain kelab tamat kontrak.

“Perubahan format Piala Malaysia juga praktikal bagi mengelakkan kecederaan dalam jadual yang ketat. Persiapan pasukan yang mungkin terpaksa dilakukan dalam musim hujan, yang mungkin melibatkan penundaan perlawanan dan lojistik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

STUART RAMALINGAM

Nasib berbeza buat lima pasukan Liga Perdana apabila bakal membuat perhitungan dengan pasukan bawahan Liga Super.

Naib juara Liga Perdana, Kelantan FC bakal berentap de­ngan pasukan tangga ke-10 Liga Super, dan berpotensi bertemu JDT di suku akhir.
Sepak mula Piala Malaysia berlangsung pada 25 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya