Ronaldo minta maaf kepada ibu di seluruh dunia kerana rambut

Ronaldo minta maaf kepada ibu di seluruh dunia kerana rambut

GAYA rambut ‘pelik’ Ronaldo menjadi kegilaan ketika dia membantu Brazil merangkul Piala Dunia kelima pada 2002.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ikon bola sepak Brazil, Ronaldo memohon maaf kepada ibu bapa di seluruh dunia yang ‘terluka’ gara-gara anak mereka meniru gaya rambutnya yang pelik pada Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun.

Potongan rambut Ronaldo men­jadi kegilaan peminat, ter­utama kanak-kanak hingga me­ngundang kemarahan ibu-ibu yang pernah menyuarakan perkara itu kepadanya.

Kini berusia 46 tahun, bekas penyerang Real Madrid itu menjelaskan, ibunya sendiri tidak berminat dengan tindakannya dan disebabkan itu, dia memilih untuk memohon maaf.

Bercakap kepada Ben She­phard dan Kate Garraway dalam rancangan Good Morning Britain, Ronaldo mengulas me­ngenai potongan rambutnya yang terkenal.

“Ya, ibu saya dan berjuta-juta ibu di seluruh dunia, mereka semua membenci saya.

“Sehingga hari ini pun, apabila saya bertemu dengan orang yang mempunyai anak lelaki dengan potongan rambut itu… saya minta maaf. Saya sangat menyesal,” katanya.

Ronaldo mencukur kepala­nya sebelum menghadapi kejohanan itu, namun dia membuatkan rakan sepasukannya ketawa apabila memilih untuk meninggalkan sedikit ‘jambul’.

Dia yang menjadi kegilaan peminat bola sepak ketika itu kemudian membantu negaranya menjulang Piala Dunia buat kali kelima dengan menumpaskan Jerman 2-0 dalam perlawanan akhir.

Dalam rancangan itu, ­Ro­naldo turut bercakap ­me­ngenai pelancaran dokumen­tari perjalanan kariernya sebagai pemain bo­la sepak yang bertajuk The ­Phenomenon.

“Saya mengalami kecederaan kaki dan semua orang bercakap tentang itu.

“Saya memutuskan untuk memotong rambut dan melupakan perkara kecil itu. Saya datang ke latihan dan semua orang melihat saya dengan rambut buruk.

“Semua orang bercakap me­ngenai rambut saya sehingga mereka terlupa tentang kece­deraan saya. Dari situ, saya rasa lebih tenang dan selesa untuk fokus kepada latihan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya