Puchong United benam Ho Chi Minh City

Puchong United benam Ho Chi Minh City

LIEW Daren cemerlang mengatasi Nguyen Hai Dang 3-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kelab Badminton Puchong United (PUBC) semakin hampir mara ke separuh akhir Purple League Profesional 2022 selepas menewaskan kelab Vietnam, Ho Chi Minh City BC 13-5 dalam aksi kedua kumpulan B, hari ini.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan mereka selaku pendahulu kumpulan dengan kutipan mata 382-269, berbanding lawan mereka di tempat kedua mengumpul 297-371.

Bagaimanapun, dua lagi pasukan dalam kumpulan B, Sena Bangkok dan Serdang BC masih berpeluang mencabar kedudukan Puchong United selaku juara kumpulan.

Puchong United bermula dengan kemenangan 3-1 yang disumbang Lim Chi Wing, menewaskan perseorangan lelaki Vietnam, Phan Phuc Tinh 11-4, 8-11, 11-4, 11-7 dalam masa 27 minit.

Momentum Puchong United terhenti seketika apabila jaguh perseorangan wanita Soniia Cheah dikejutkan oleh pemenang pingat gangsa Sukan SEA Hanoi, Vu Thi Trang 8-11 11-8 4-11 8-11 untuk mengikat kedudukan 4-4.

Soniia mengakui berdepan tugas getir akibat kecederaan buku lali yang dialami, sekali gus memberi kesukaran untuk beraksi.

SONIIA Cheah kalah mengejut kepada Vu Thi Trang 8-11, 11-8, 4-11, 8-11.

“Saya perlu pulih sepenuhnya untuk mendapatkan momentum bagi beraksi di dalam Cabaran Antarabangsa Indonesia bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan pada Sukan SEA dan Sukan Asia,” kata pemenang pingat perak Sukan SEA KL 2017 itu.

Memasuki perlawanan ketiga, Puchong United yang menggandingkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meraih kemenangan mudah mengatasi pasangan Nguyen Duc Hong Phuc-Tran Nguyen Chi Tung dalam ‘straight set’ 11-3 11-3 11-3.

ONG Yew Sin-Teo Ee Yi meraih kemenangan mudah mengatasi Nguyen Duc Hong Phuc-Tran Nguyen Chi.

“Kami memang bersedia untuk berdepan dengan pasangan yang memberi cabaran seperti mereka. Jadi, ia tidak memberi sebarang masalah buat kami untuk menang selesa,” kata Yew Sen.

Dalam aksi beregu campuran pula, pasangan Tan Kian Meng-Goh Liu Ying tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan lawan mereka Nguyen Anh-Lam My Tien 3-1 (11-10,5-11,11-6,11-6).

“Kami perlu mengelak dari melakukan kesilapan pada set yang pertama. Kami hanya mendapat rentak dan keserasian hanya pada set yang kedua dan kami harus lebih berhati-hati pada perlawanan terakhir berdepan Sena Bangkok nanti.

Kemenangan mutlak 13-5 buat Puchong United disempurnakan oleh Liew Daren yang cemerlang mengatasi Nguyen Hai Dang 3-0 (11-7, 11-9, 11-5)

Musim keenam kejohanan itu sedang berlangsung dari 1 hingga 6 Oktober di Stadium Malawati, Shah Alam manakala pusingan akhir akan berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober di Arena of Stars, Genting Highlands. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya