PKBM sedia pinda jadual ACC demi Azizulhasni

PKBM sedia pinda jadual ACC demi Azizulhasni

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedia untuk memberikan segala sokongan kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam usahanya untuk memburu penampilan kelima pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Antara perancangan yang bakal dilakukan badan induk itu adalah menunda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai pada Jun nanti bagi membolehkan Azizulhasni membuat persiapan untuk mengumpul mata ranking kelayakan ke Sukan Olimpik.

Ia juga memberi ruang dan masa mencukupi buat Azizulhasni yang akan kembali ke kejohanan kompetitif bermula Disember ini setelah berehat selama enam bulan susulan menjalani pembedahan jantung pada April.

AMARJIT SINGH 

“Kebiasaannya Kejohanan ACC akan dianjurkan sekitar Februari atau Mac, jadi kita ambil kira keadaan Azizulhasni dan tidak mahu dia ke sana sini menyertai kejohanan dan ia akan memberi kesan terhadap kecergasan dirinya.

“Kita sudah membuat satu perancangan hasil perbincangan bersama jurulatihnya, John Beasley untuk mendapatkan pandangan bagi menganjakkan tarikh kejohanan kepada akhir bulan Jun.

“Januari, Februari dan Mac akan menjadi kalender yang sibuk buat Azizulhasni untuk menumpukan tiga kejohanan membabitkan Trek Piala Negara-Negara dan selepas itu mungkin akan berehat bagi menghormati bulan Ramadhan, disusuli Hari Raya Aidilfitri dan barulah waktu yang sesuai untuk Azizulhasni kembali ke trek bagi kejohanan Asia,” kata Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh.


AZIZULHASNI ketika bersaing dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.- AFP

Kata Amarjit, penundaaan bukan sahaja memudahkan pergerakan Azizulhasni untuk mengatur jadual perlumbaan di luar negara, malah memberikan manfaat buat pelumba negara yang lain untuk melakukan persiapan.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan ini adalah pada 2018 yang menyaksikan Azizulhasni berjaya meraih pingat perak dalam acara pecut dan gangsa bagi acara keirin.

“ACC merupakan kejohanan berprestij, dan bakal dihadiri pelumba ternama benua ini seperti Jepun, China dan Kazakhstan. Mereka juga mengidam untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya