Piala Sultan Johor: Malaysia akhirnya raih mata pertama

Piala Sultan Johor: Malaysia akhirnya raih mata pertama

PENYERANG Malaysia, Syawal Abd. Razak dikawal dua pertahanan Jepun pada Piala Sultan Johor di Stadium Johor Bahru, Taman Daya, Johor Bahru hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selepas mengharungi empat kekalahan, akhirnya skuad remaja negara mengutip mata pertama apabila seri 2-2 menentang Jepun pada kejohanan hoki bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 di Stadium Hoki Taman Daya, sebentar tadi.

Keputusan itu menutup peluang Jepun untuk beraksi di pentas akhir buat pertama kali dalam lima penampilan dalam SOJC.

Pada awal permainan, pasukan kendalian Muhammad Amin Rahim mempamerkan corak lebih teratur dan tenang tanpa tekanan setelah sebarang keputusan tidak mengubah kedudukan di tangga tercorot.

Pada suku kedua, Jepun menguasai permainan namun tidak berupaya menembusi benteng pertahanan pasukan negara yang bijak mematahkan asakan untuk menyelinap ke kotak penalti.

Prestasi konsisten yang dipamerkan pada separuh masa pertama itu menyaksikan Jepun gagal merekodkan percubaan ke arah gol.

Gol yang diburu pasukan kendalian Hiroki Watanabe akhirnya menjelma hasil jaringan Masato Kobayashi menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-34.

SAHRAN Zulhanif mengawal bila walaupun cuba dikawal dua pemain pertahanan Jepun pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan remaja negara bangkit apabila Muhammad Amirul Hanif Mamat dan Shahmie Irfan Suhaimi masing-masing meledak satu gol pada minit ke-39 dan ke-43 menerusi pukulan sudut penalti.

Jepun cuba bangkit untuk mencipta kemenangan namun hanya mampu mengutip satu mata sahaja apabila jaringan ketua pasukan, Ikumi Saeki menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-47 untuk seri 2-2.

Pada perlawanan terdahulu, India mempamerkan kebangkitan untuk mengikat Great Britain 5-5 bagi menghidupkan peluang beraksi di pentas akhir.

Pada 10 minit terakhir permainan, Amandeep dan Hundal Araijeet Singh masing-masing menjaringkan satu gol padang bagi mengikat kedudukan setelah ketinggalan 3-1.

Jamie Golden menjaringkan dua gol padang pada minit ke-54 dan ke-56 untuk memberi kelebihan kepada Great Britain.

Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Sharda Nand Tiwari muncul penyelamat India dengan memanfaatkan peluang pukulan sudut penalti bagi mencipta jaringan.

India berharap Afrika Selatan tewas pada perlawanan terakhir menentang Australia, sekali gus menghidupkan peluang untuk layak ke perlawanan akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya