Piala Malaysia: JDT, naib juara Liga Super tidak bertembung awal

Piala Malaysia: JDT, naib juara Liga Super tidak bertembung awal

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perebutan gelaran naib juara Liga Super kini semakin menarik kerana siapa pun bakal menduduki tangga kedua tidak perlu menentang juara sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada peringkat awal Piala Malaysia 2022 selepas undian diumumkan hari ini.

Saingan Piala Malaysia 2022 yang menampilkan format baharu bagaimanapun bakal berlangsung sengit apabila enam pasukan Liga Super bakal berentap sesama sendiri di peringkat 16 pertama.

Begitupun menariknya, JDT yang baru dinobat sebagai juara Liga Super diundi dalam blok berlainan dengan naib juara Liga Super yang kini menjadi perebutan sengit di antara Sabah, Terengganu FC dan Negeri Sembilan.

Harimau Selatan diundi berdepan pasukan  tangga kesembilan liga, sementara naib juara Liga Super akan bertemu pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh.

“Dengan perubahan format kepada kalah mati, ia memberi ruang buat pasukan dan juga kepada pihak MFL untuk memastikan perlawanan dapat dihabiskan sebelum tarikh 30 November kerana tarikh itu merupakan tarikh yang rata-ratanya pemain kelab tamat kontrak dengan pasukan masing masing.

“Perubahan format Piala Malaysia juga adalah praktikal bagi memastikan kecergasan pemain dan mengelakkan kecederaan pemain dalam jadual yang ketat, persiapan pasukan yang mungkin terpaksa dilakukan dalam musim hujan, yang mungkin melibatkan penundaan perlawanan dan lojistik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya