Pemandu F1 luah kemarahan di AS?

Pemandu F1 luah kemarahan di AS?

KEMUNCULAN traktor di trek Suzuka, Jepun minggu lalu menyebabkan pelumba F1 berang dan dijangka menyuarahan bantahan di Texas pada 23 Oktober depan. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penganjur Formula Satu (F1) bersiap sedia menghadapi tindak balas teruk daripada pemandu yang marah berhubung insiden di Grand Prix (GP) Jepun minggu lalu yang menyaksikan Pierre Gasly hampir melanggar traktor.

Rakaman yang membimbangkan menunjukkan pemandu AlphaTauri itu memandu pada kelajuan tinggi dengan penglihatan terhad akibat hujan lebat, melewati traktor tersebut.

Traktor tersebut memasuki trek beberapa saat sebelum itu untuk membersihkan serpihan kereta Ferrari milik Carlos Sainz yang kemalangan di pusingan pertama.

“Tuhan! Apakah traktor ini? Apakah traktor ini berada di trek.

“Saya lalu di sebelahnya, ini tidak boleh diterima! Apa yang telah berlaku? Tidak percaya ini… Saya boleh membunuh diri saya sendiri,” jerit Gasly melalui radio pasukan.

AKSI pemandu AlphaTauri, Pierre Gasly pada GP Jepun di Litar Suzuka minggu lalu. 

Situasi itu amat menakutkan Gasly kerana Suzuka adalah lokasi yang meragut nyawa rakannya, Jules Bianchi, lapan tahun lalu.

Pemandu Marussia yang juga rakan zaman kanak-kanak Gasly itu melanggar kenderaan ke­selamatan pada Oktober 2014, dan meninggal dunia akibat kece­deraannya sembilan bulan kemudian.

Dalam sidang akhbar, Gasly menggigil ketika meluahkan kemarahan kerana masih ketakutan selepas melihat traktor melalui kabus dan hujan.

“Walaupun di kawasan kerikil tetapi melihat traktor di trek perlumbaan ketika kami masih di atas trek?” katanya.

Kebanyakan pelumba F1 menggunakan podcast untuk menyuarakan kemarahan, malah mereka dijangka berhimpun pada perlumbaan akan datang di Amerika Syarikat (AS), 23 Oktober depan bagi menyuarakan bantahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya