Pemain Malaysia Gavin Green dari Malaysia duduki tempat kedua

Gavin Green ‘kaut’ RM1.03 juta di Portugal

GAVIN GREEN
GAVIN GREEN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf profesional nombor satu negara, Gavin Green menamatkan cabaran di tempat kedua dengan catatan 27 bawah par 257, tiga pukulan di belakang pemenang Jordan Smith dari England pada Masters Portugal di Padang Golf Dom Pedro Victoria di Vilamoura.

Green mengharungi empat pusingan mengagumkan iaitu dengan catatan 64, 65, 64 dan 64, dengan pusingan akhir menampilkan enam birdie, satu eagle dan satu bogey.

Sebagai naib juara dia membawa pulang hadiah berjumlah 220,525 euro (RM1.03 juta), menjadikan pendapatannya untuk  musim ini 637,616 euro (RM2.97 juta).

Green yang berusia 28 tahun itu, hampir tidak melakukan kesilapan dengan melakukan beberapa pukulan menakjubkan namun gagal untuk mengatasi Smith.

Keputusan ini melonjakkan kedudukan Green dalam Kedudukan Jelajah Dunia DP di tempat ke-42 terbaik dalam kerjayanya.

Dia turut layak ke Kejohanan Jelajah Dunia DP akhir musim di Jumeirah Golf Estates, Dubai.

Acara itu akan diadakan pada 17-20 November dan hanya menampilkan 50 pemain terbaik dalam ranking.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya