Pelumba Malaysia tidak boleh 'tangkap muat'

Pelumba Malaysia tidak boleh ‘tangkap muat’

Syarifuddin Azman pelumba Malaysia paling berpotensi untuk bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP, Datuk Razlan Razali tidak pernah menutup pintu untuk pelumba Malaysia beraksi bersama pasukannya tetapi dengan syarat mereka perlu memiliki potensi dan kompetitif.

“Mereka sentiasa ada peluang, jika pelumba kita berpotensi dan kompetitif. Jadi, bagi saya kalau ada seorang pelumba Malaysia yang boleh datang dengan pakej yang bagus, tak mustahil kita akan masukkan dalam pasukan.

“Seperti Muhammad Hakim Danish, dia pun ada peluang, tetapi perlu langkah demi langkah. Dia merupakan bakat yang dibina daripada MiniGP yang mana kita bangunkan sehingga sekarang.

MUHAMMAD HAKIM DANISH 

Damok (Syarifuddin Azman) juga sama, jadi perjalanan itu kena betul, tak ada jalan pintas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Razlan, kehadiran pelumba Malaysia dalam kejuaraan motosikal dunia biarlah benar-benar berbaloi dan bukan sekadar hendak bersaing tetapi semua di belakang.

Jelas beliau, jangan sampai seseorang pelumba itu dipaksa hanya kerana mereka belum bersedia sehingga berlaku pembaziran wang.

“Bagi saya apa yang dibuat oleh Zulfahmi (Khairuddin) dengan MiniGP, Asia Talent Cup sehingga ke European Talent Cup dan kemudian ke JuniorGP, itu baharulah ikut perjalanan yang betul.

“Saya sudah cakap tiada jalan pintas, bangunkan bakat dulu, macam bola sepak, kita perlu ada program pembangunan bakat yang kukuh untuk kita lahirkan bakat. Semua ini, ambik masa sekurang-kurangnya 10 tahun dan kita sudah buat semua itu, pembangunan perlu utuh,” tegasnya.

 

ZULFAHMI KHAIRUDDIN

Beliau turut memuji kerja keras Zulfahmi yang dianggapnya sangat bagus dan pada ketika ini, usaha bekas pelumba negara itu sudah mula menampakkan hasil.

“Setakat ini, Zulfahmi telah melaksanakan tugasnya dengan sangat baik mendidik dan melatih, ini bukan kerja semalaman dan esok boleh terus ada pelumba, ini empat hingga lima tahun punya projek.

“Bayangkan Hakim Danish, dia bermula daripada umur 14, 15 tahun, sekarang kita ada Qabil (Irfan) daripada MiniGP.

“Dia ada lima hingga enam tahun lagi sebelum dia ke Moto3. Ini satu proses, kita kena bersabar dan kena terus sambung bangunkan bakat,” ujarnya.

RAZLAN RAZALI

Sementara itu, mengulas mengenai perancangannya bersama pasukan RNF, Razlan berkata, mereka akan menjalinkan kerjasama dengan Aprillia untuk projek pembangunan bagi kelas Moto2.

“Kita akan tengok projek ini dan kita dah berbincang dengan beberapa pihak serta bersama Aprillia, kita sasarkan Moto2 untuk musim 2024. RNF juga ada ‘title sponsor’ yang baharu dan kita akan umumkan di Valencia nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya