Pearly-Thinaah kejutkan juara Terbuka Malaysia

Pearly-Thinaah kejutkan juara Terbuka Malaysia

PEARLY Tan terpaksa lupakan Kejohanan Asia selepas dijangkiti virus Influenza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah melakar kejutan di pusingan pertama Terbuka Perancis apabila menunjukkan pintu jalan keluar buat pilihan ketujuh, Siti Fadia Silvia Ramadhanti dan Apriyani Rahayu dari Indonesia malam tadi.

Mereka dikerah beraksi selama 74 minit sebelum menang 22-20, 19-21, 21-7 ke atas juara Terbuka Malaysia itu, sekali gus membuat perhitungan dengan satu lagi pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi malam ini.

Dalam saingan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengetepikan pasangan tuan rumah, Lucas Corvee-Ronan Labar 21-16, 21-17, manakala Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menyingkirkan Christopher-Matthew Gremley dari Scotland 21-18, 21-13.

Turut cemerlang beregu campuran, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing yang menumpaskan wakil China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian 8-21, 22-20, 24-22.

Bagaimanapun cabaran Chan Peng Soon-Cheah Yee See tersekat selepas tumpas kepada pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto, 18-21, 17-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya