Pearly puas hampir kejutkan juara dunia

Pearly puas hampir kejutkan juara dunia

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam tempoh sebulan selepas bergelut dengan kecederaan hamstring, pemain beregu wanita negara, Pearly Tan dan gandingannya M.Thinaah pamer aksi bertenaga yang hampir lagi memerangkap juara dunia, Chen Qingchen dan Jia Yi Fan ketika pusingan kedua Terbuka Denmark kelmarin.

Bagi Pearly, walaupun tewas dengan keputusan 18-21, 22-20, 17-21, pemain kelahiran Kedah itu berpuas hati dia dan Thinaah hampir lagi mencalarkan ego gandingan unggul dari China biarpun baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Ini juga merupakan petanda positif buat Pearly-Thinaah yang masih lagi sedang berusaha untuk memburu tempat di  Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 14 hingga 18 Disember.

“Memang saya sudah berasa sakit lagi di dalam gelanggang , saya sudah bagi yang terbaik tetapi masih juga ada banyak ruang untuk diperbaiki lagi.

“Saya rasa sangat gembira dan juga bersyukur sebab dapat kembali semula ke gelanggang dalam masa yang singkat dengan keadaan yang bagus. Saya rasa sangat seronok dapat bersaing dengan juara dunia tapi masih ada lagi banyak benda yang harus kita diperbaiki terutama strategi apabila mata-mata penting,” jelas Pearly.

Ketika ini mereka berada di kedudukan ke-11 dalam ranking Jelajah Dunia BWF, dan hanya lapan pemain terbaik sahaja yang bakal layak menyertai kejohanan tersebut.

Justeru Pearly-Thinaah perlu melipat gandakan usaha mereka untuk mengutip sebanyak mungkin mata ranking menjelang Kejohanan Terbuka Perancis (25-30 Oktober) disusuli Terbuka Hylo di Jerman ( 1-6 November).

“Saya harap akan main lebih bagus berbanding kejohanan ini dengan memberi tumpuan penuh mengenai peranan saya, sedikit demi sedikit kita akan lihat perkembangannya nanti,” tambah Pearly. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya