Parlimen bubar atau tidak, HSN 2022 diteruskan esok

Parlimen bubar atau tidak, HSN 2022 diteruskan esok

AHMAD Faizal Azumu (kiri) merasmikan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 di Kuala Lumpur hari ini. - IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) akan tetap disambut esok mengikut perancangan walaupun terdapat desas-desus parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, acara tahunan itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Ujarnya lagi, acara tahunan itu akan dijalankan walaupun terdapat ‘usaha’ daripada pihak tertentu yang menyebar di laman sosial bahawa acara sukan terbabit dibatalkan.

SAMBUTAN Hari Sukan Negara amat dinantikan setiap tahun.

“KBS akan menganjurkannya demi memastikan budaya sihat membabitkan rakyat di negara ini diteruskan.

“Setakat ini, KBS tidak berhasrat atau memikirkan langsung untuk menangguhkan sambutan HSN2022 yang akan disambut pada 8 Oktober dan dirasmikan Perdana Menteri di Putrajaya,” katanya selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022), di sini hari ini.

Beliau berkata, semua negeri akan mengadakan sambutan pada hari yang sama dan menyedari ada usaha yang sedang ditularkan mengenai KBS menangguhkan penganjuran HSN2022 namun itu tidak benar.

“Di KBS,sukan harus diteruskan ketika kita terus polemic dengan politik, namun HSN2022 akan menyatupadukan rakyat di negara ini,”katanya.

HSN2022 dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dari 7 hingga 9 Oktober ini dengan perasmiannya dijadualkan pada 8 Oktober di Putrajaya.

Antara program pengisian HSN2022 adalah Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Kejohanan e-sukan, Let’s Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan “Powerboat” ASEAN.

HSN2022 juga turut membabitkan kerjasama strategik dengan pihak swasta dan NGO bagi memastikan penglibatan rakyat Malaysia di semua peringkat.

Edisi pertama HSN pada 2015 yang menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan jumlah 17,648 aktiviti sukan, berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai lebih lima juta orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya