LTdL 2022: Tolak pelumba lain, kemenangan Molano dibatalkan

LTdL 2022: Tolak pelumba lain, kemenangan Molano dibatalkan

JUAN Sebastian Molano dari Colombia melepasi garisan penamat selaku pemenang peringkat kedua sebelum kemenangannya dibatalkan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemenangan pelumba Colmbia, Juan Sebastian Molano pada peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang berakhir di Raub, Pahang semalam ditarik balik oleh penganjur.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas perlumbaan tamat dengan pelumba UAE Emirates itu didakwa tidak menunjukkan semangat kesukanan tinggi apabila menolak pelumba lain menuju 300 meter ke garisan penamat.

Keputusan itu menafikan kemenangan ke-20 dalam kariernya, dan menyaksikan dia tergelincir ke tangga ke-109 keseluruhan.

“Juan Sebastian Molano dibatalkan  kemenangan kerana melakukan pecutan yang tidak mengikut laluan sepatutnya.

“Pemenang peringkat kedua LTdL 2022 milik pelumba Australia, Craig Wiggins (Ara Pro Racing Sunshine Coast)” kata penganjur dalam kenyataan ringkas di twitter rasmi LTdL 2022.

Susulan itu naib juara peringkat kedua  menjadi milik pelumba Astana Qazaqstan, Syrtisa Gleb yang juga pemegang jersi kuning, pendahulu keseluruhan.

Menerusi semakan semula keputusan, pihak penganjur turut memutuskan pelumba Jakub Marezko dari pasukan Alpacine-Deceunick meraih kedudukan ketiga dalam perlumbaan yang berakhir secara beramai-ramai itu.

Molano masih boleh bersaing untuk perlumbaan peringkat ketiga pada hari ini yang akan meliputi jarak daripada 123.7 kilometer dari Putrajaya ke Genting Highlands. –  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya