LTdL 2022 tanpa ‘Raja Bukit’

LTdL 2022 tanpa ‘Raja Bukit’

NUR Aiman Zariff mencipta sensasi memenangi jersi merah selaku Raja Bukit pada LTdL 2020 bersama pasukan Sapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat pelumba tempatan, Nur Aiman Zariff kembali menggegar jelajah berbasikal paling berprestij di rantau ini, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang membuka tirai 11 Oktober depan tidak kesampaian apabila tidak disenaraikan pasukannya, Terengganu Polyon Cycling (TSG).

Pelumba berusia 25 tahun itu pernah melakar sejarah menjadi pelumba tempatan pertama meraih jersi merah, Raja Bukit ketika edisi 2020 bersama pasukan Sapura Cycling (TSC) sebelum mengumumkan penghijrahan ke TSG pada tahun lalu.

Jelas Aiman, dia tidak berjaya dalam pemilihan pasukan TSG untuk ke saingan itu, sekali gus meranapkan impiannya untuk mempertahankan gelaran Raja Bukit.

“Macam untuk LTdL tahun ini, saya tidak berjaya dalam pemilihan jadi sasaran saya untuk kekalkan jersi merah memang tak dapatlah, jadi saya berazam untuk mencuba pada tahun hadapan pula.

“Apa pun saya berharap rakan pasukan dalam TSG mampu melakar keputusan baik untuk LTdL kali ini,” kata Aiman yang dihubungi Utusan Malaysia sejurus menamatkan saingan di Jelajah Iran tempohari.

Pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu berjaya meraih keputusan memberangsangkan di saingan tersebut apabila menduduki tempat kedua sebanyak dua kali iaitu di peringkat pertama dan kelima perlumbaan.

“Untuk Jelajah Iran, segala apa yang saya sasarkan sebelum hadir ke saingan ini iaitu meraih kedudukan podium berjaya dicapai, jadi Alhamdulillah saya berjaya melakukannya sebanyak dua kali.

“Ini merupakan penampilan kedua saya di saingan ini selepas 2019, ketika itu saya hanya menghabiskan perlumbaan di kedudukan ketujuh keseluruhan, jadi untuk kali ini saya amat berpuas hati dengan prestasi saya,” kata Aiman.

Setakat ini TSG masih belum mengumumkan senarai penuh pelumba mereka yang akan menyertai saingan ltdl untuk tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya