Liverpool tidak menyesal beli Nunez

Liverpool tidak menyesal beli Nunez

DARWIN NUNEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Darwin Nunez tidak menunjukkan permulaan terbaik bersama Liverpool, namun Jurgen Klopp tidak pernah menyesali keputusan membeli penyerang Uruguay itu yang diyakini akan ­menyinar.

Tidak lama selepas tiba di Anfield dari Benfica dengan bayaran rekod kelab, 85 juta pound (RM441 juta), Klopp sudah memberitahu, penyerang berusia 23 tahun itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Klopp percaya, sebaik sahaja Nunez berjaya menyesuaikan diri dia mampu menjadi senjata ampuh, apatah lagi formasi 4-2-3-1 yang diterapkan ketika menumpaskan Rangers 2-0 dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu tampak serasi de­ngan penyerang itu.

JURGEN Klopp (kiri) tetap yakin Darwin Nunez akan mengeluarkan potensi sebenar.

“Kita hidup dalam dunia di mana semua orang dinilai pada pandangan pertama dan itu tidak membantu.

“Kami perlu berdepan perkara itu, namun saya percaya Darwin akan menanga­ninya dengan baik.

“Kami akan terus bersabar kerana saya yakin dia boleh melakukan banyak perkara bagus jika mencapai potensi sebenar,” kata Klopp.

Klopp dijangka menggunakan Nu­nez dan taktikal baharu sekali lagi apabila berdepan pendahulu Liga Perdana, Arsenal di London esok.

Hanya menang dua daripada tujuh aksi liga musim ini menyebabkan Reds kini menghuni tangga ke­sembilan dengan 10 mata, 11 mata ditinggalkan Gunners. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya