Lapan tonggak kebangsaan, tiga import perkuat Putrajaya

Lapan tonggak kebangsaan, tiga import perkuat Putrajaya

BARISAN pemain Putrajaya yang akan menggalas cabaran pada Ragbi Piala Agong 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Tonggak kebangsaan, K. Dineshvaran bakal memperkuatkan pasukan Putrajaya bagi mengharungi kejohanan Ragbi Piala Agong 2022 bermula 5 November hingga 3 Disember.

Selain Dineshvaran yang juga dikenali sebagai Dugro, pasukan yang menjalani latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu juga diperkuatkan tiga pemain import dari Fiji dan tujuh pemain kebangsaan.

Putrajaya juga diperkuatkan dengan kehadiran jurulatih dari New Zealand, Brad Mika untuk membimbing pasukan bagi kejohanan yang memasuki edisi ke-39 ini.

Dugro menjelaskan pemilihan Putrajaya adalah bukan sahaja mencari kemenangan di pentas Piala Agong malah turut fokus dalam pembangunan pemain muda.

“Sudah pasti saya sangat teruja kerana kali terakhir saya beraksi di Piala Agong pada 2012. Dalam tempoh 10 tahun, ini kali pertama saya dapat bersama rakan-rakan bersaing di atas padang yang sama.

“Saya yakin saingan pasti sengit dan saya harap kehadiran saya bersama Putrajaya dapat membantu mereka mendapat keputusan yang positif.

MOHD. Shahir Sidek (tengah) memperkenalkan Dugro (kanan) secara rasmi bersama jersi baharu yang bakal digunakan pasukan.

“Saya juga tidak diletakkan sebarang tekanan kerana fokus Putrajaya bukan sekadar mencari kemenangan malah mereka ke arah pembangunan.

“Sebab itu saya memilih untuk bersama Putrajaya meskipun dirisik beberapa pasukan lain untuk bersaing di Piala Agong musim ini,” kata ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Ragbi Putrajaya di Hotel Tenera Bangi, semalam.

Bagi kejohanan kali ini Putrajaya diletak dalam Kumpulan C bersama Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.

Juara 2019, Terengganu pula diundi dalam Kumpulan A bersama Melaka, Kedah dan Johor.

Perak pula yang merupakan Juara 2016, akan berdepan Ne­geri Sembilan, Pahang dan ATM dalam Kumpulan B, manakala, Kuala Lumpur, PDRM, Kelantan dan Perlis dalam aksi Kumpulan D.

Putrajaya pernah mara ke peringkat separuh akhir edisi 2019 yang merupakan edisi terakhir namun impian mereka untuk pentas final terkandas selepas tewas di tangan Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya