Lagi pelumba motosikal maut ketika beraksi

Lagi pelumba motosikal maut ketika beraksi

Victor Steeman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Kurang seminggu selepas pelumba superbike, Chrissy Rouse maut ketika berlumba, sukan pemotoran dikejutkan dengan kematian Victor Steeman yang terbabit dalam kemalangan pada kejuaraan Supersport dunia 300 semalam.

Baru berusia 22 tahun, pelumba Belanda yang juga penunggang Kawasaki itu terbabit kemalangan bersama pelumba lain pada perlumbaan di Litar Algarve, Portugal, Sabtu lalu.

Kecederaan yang dialami pelumba muda itu menyaksikan dia dibawa dengan helikopter ke hospital di Faro.

“Pasukan perubatan telah berusaha sebaik mungkin termasuk marsyal dan kakita­ngan hospital.

“Begitupun, dengan rasa berat hati dan sedih untuk sampaikan bahawa Steeman meninggal dunia akibat kece­deraan dialaminya,” menurut kenya­taan ­Kejuaraan Superbike Dunia semalam.

Steeman memulakan pusingan perlumbaan di Portugal dan dia berpeluang untuk merebut gelaran juara selepas meraih empat kemenangan musim ini.

Dalam pada itu, kematian Steeman turut menyelamatkan lima individu lain apabila dia menderma organnya.

Kematian Steeman berlaku kurang seminggu selepas Rouse, 26, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas dilanggar oleh pelumba lain dalam perlumbaan Superbike Britain di Litar Donington Park England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya