Kampung Kesang Tua makin popular

Kampung Kesang Tua makin popular

CHALERMPOL Muaymun (kiri) melihat Teerawat Ratphet menjalani latihan di garaj kereta di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Biarpun kemudahan yang ditawarkan tidak bertaraf ‘antarabangsa’, populariti garaj kereta yang menjadi tempat latihan Hidilyn Diaz sebelum meraih emas Olimpik Tokyo 2020 memikat skuad angkat berat Thailand untuk menjadikan Kampung Kesang Tua, Melaka sebagai pusat latihan menjelang Olimpik Paris 2024.

Ketua Jurulatih Thailand, Chalermpol Muaymun berkata, atlet negara itu amat teruja apabila mengetahui Hidilyn hanya berlatih di sebuah perkampungan di Malaysia sebelum membawa pulang pingat emas angkat berat kategori 55 kilogram (kg).

Menurutnya, walaupun garaj kereta milik Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah telah diubah suai menjadi tempat latihan tanpa fasiliti mencukupi, namun masih terdapat sesuatu menarik terutama suasana kampung yang mampu menjadi suntikan semangat.

KAMPUNG Kesang Tua di Jasin, Melaka sangat istimewa buat Hidilyn Diaz kerana di situlah dia menjalani latihan selama beberapa bulan sebelum merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

“Apabila saya dapat tahu kejayaan Diaz berlatih di Kampung Kesang Tua, saya mengambil keputusan untuk turun ke sini bersama seorang atlet angkat berat, Teerawat Ratphet yang menjadi pertaruhan bagi layak ke Paris.

“Hampir dua minggu menjalani latihan bersama beberapa atlet tempatan, memang saya akui tempat latihan ini sangat menarik dan saya bercadang membawa beberapa atlet Thailand lain untuk ­berlatih di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muaymun berkata, tidak mustahil atlet negaranya bakal mengikut jejak Diaz mencipta sejarah memenangi pingat emas di Paris nanti.

Hidilyn Diaz habuan lumayan memahat sejarah memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo tahun lalu.

Menurutnya, beliau bersama beberapa atlet akan kembali semula ke Kampung Kesang Tua, November ini bagi membuat persiapan rapi menghadapi Kejohanan Angkat Berat Dunia 2022 di Bogota, Colombia.

Katanya, kejohanan itu amat penting kerana ia menjadi pusingan kelayakan ke Paris.

“Saya turut kagum dengan kejayaan dua atlet, Nurul Syasya Khairina Syamsur dari Melaka dan Nur Atikah Mahamad Sobri dari Wilayah Persekutuan memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

“Mereka menjalani latihan rapi di Kampung Kesang Tua sebelum bertanding di Sukma yang lalu,” jelasnya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya