Jun Hao tamatkan penantian bergelar juara di Indonesia Masters

Jun Hao tamatkan penantian bergelar juara di Indonesia Masters

Leong Jun Hao
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki badminton negara, Leong Jun Hao menamatkan kemarau kejuaraan di pentas antarabangsa apabila dinobatkan sebagai juara Indonesia Masters sebentar tadi.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Sports Platinum, Malang, Jun Hao berjaya mengenepikan rakan senegara, Cheam Jun Wei yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan.

Selepas 67 minit berentap di dalam gelanggang, kejayaan akhirnya memihak kepada Jun Hao dengan keputusan 9-21, 22-20, 21-19, sekaligus ini merupakan gelaran sulung Jun Hao dalam saingan Jelajah Dunia BWF.

“Kejayaan ini amat bermakna buat saya selepas sekian lama saya tidak memenangi sebarang gelaran.

“Perlawanan akhir tadi, saya cuba untuk kekal positif walaupun ketinggalan ketika set pertama, dan cuba untuk berjuang sehingga ke mata penamat,” jelas Jun Hao kepada Utusan Malaysia.

Kali terakhir Jun Hao berjaya menikmati detik menjadi juara adalah pada 2018 ketika Cabaran Antarabangsa Terbuka Finland 2018

Ironinya dia bertemu Jun Wei dalam perlawanan akhir dan turut dikerah beraksi sehingga tiga set sebelum bergelar juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya