Hasrat Zii Jia tawan Terbuka Denmark disekat

Hasrat Zii Jia tawan Terbuka Denmark disekat

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian untuk melihat perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia meraih gelaran keempatnya di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada pemain China, Shi Yuqi sebentar tadi.

Yuqi yang baru tamat daripada penggantungan selama 10 bulan oleh Persatuan Badminton China kental menyerap semua pukulan padu daripada Zii Jia untuk mengatasi jaguh Asia itu dengan keputusan 18-21, 21-16, 12-21.

Biarpun tewas, prestasi Zii Jia yang berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Denmark wajar dipuji setelah anak jati Kedah ini mengalami episod ngeri ketika Kejohanan Dunia dan Terbuka Jepun pada Ogos lalu.

Zii Jia kini masih mempunyai dua lagi kejohanan di Eropah iaitu Terbuka Perancis yang akan berlangsung pada 25 hingga 30 Oktober disusuli Terbuka Hylo di Jerman pada 1 hingga 6 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya