Harrif terus kempunan raih kemenangan pertama

Harrif terus kempunan raih kemenangan pertama

AKSI Muhd. Harrif Saleh (tengah) ketika berada dalam kelompok peloton pada peringkat keempat sejauh 137.9 kilometer dari Sabak Bernam ke Meru Raya, Ipoh hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakar pecut pasukan Terengganu Polygon Cycling (TSG), Muhd. Harrif Saleh terus kemarau untuk menaiki podium di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 apabila terlibat kemalangan dalam perlumbaan yang berakhir di Ipoh, Perak hari ini.

Perlumbaan peringkat keempat yang bermula di Sabak Bernam, Selangor dengan jarak sejauh 137.9 kilometer merupakan peringkat yang menjadi sasaran buat Harrif untuk melakar kemenangan, memandangkan laluan yang landai serta tiada zon pendakian.

Bagaimanapun menuju 500 meter akhir ke garisan penamat di Meru Jaya, berlaku kemalangan membabitkan sekumpulan besar peloton, dan ia menyekat hasrat Harrif untuk melakukan asakan apabila terperangkap dalam kumpulan itu.

Malang buat rakan sepasukannya, Youcef Reguigui apabila terjatuh dalam kemalangan tersebut dan mengalami kecederaan.

PELUMBA Movistar, Ivan Ramiro Sosa memenangi jersi kuning, manakala jersi hijau milik Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan), Muhamad Nur Aiman Zariff (Terengganu Polygon Cycling) mempertahankan jersi merah dan Andrey Zeits dari Astana Qazaqstan menyarung jersi putih selepas tamat peringkat keempat. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Satu kilometer terakhir tu saya hampir lagi hendak terjatuh, kelajuan ketika itu memang sudah laju, dan posisi saya juga sudah cukup bagus, dalam 10 terbaik, saya rasa agak bernasib baik tidak terjatuh dalam kemalangan itu tetapi kelajuan saya pula sudah menurun.

“Memang saya kalau boleh nak naik podium, sebab saya rasa kami boleh buat, hari ini saya dah rasa okay, cuma nasib tiada rezeki.

“Mungkin tahun ini, berbeza dengan tahun lepas, dengan laluan pada tahun lebih mencabar dari segi taktikal, jadi banyak cabaran sengit diberikan pasukan untuk hari ini, mujur saya tidak jatuh, tetapi saya akan terus berusaha untuk peringkat seterusnya, ” jelas Harrif.

AKSI para pelumba ketika kelompok peloton pada peringkat keempat dari Sabak Bernam ke Meru Raya, Ipoh.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Juara milik pelumba Jakub Mareczko daripada pasukan Alpecin-Deceunick, disusuli Rudiger Selig yang mewakili Lotto Soudal manakala tempat ketiga disandang Eduard Michael Grosu yang beraksi untuk Drone Hopper-Androni Giacatolli.

Bagaimanapun TSG masih boleh berbangga apabila rakan sepasukan Harrif iaitu Jambaljats Sainbayar sudah merapatkan jurang menjadi 0.01 saat sahaja dalam perebutan jersi putih, pelumba terbaik Asia apabila menyapu bersih kesemua tiga zon pecutan iaitu di Hutan Melintang, Kampung Gajah dan Tanjung Tualang.

Nur Aiman Zhariff pula berjaya mengekalkan jersi merah, Raja Bukit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya