Daren didenda gara-gara lempar raket

Daren didenda gara-gara lempar raket

LIEW DAREN (UTUSAN)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton negara, Liew Daren akur didenda AS$500 (RM2,357) gara-gara membaling raket ke lantai ketika menentang wakil India, H.S Prannoy pada pusingan pertama Terbuka Perancis kelmarin.

Daren bertindak sedemikian setelah kecewa dengan keputusan pengadil membuat kesilapan dengan mendakwa raketnya terkena jaring, sekali gus memberi mata kepada lawan tatkala dia sedang mengejar Prannoy di set ketiga.

Insiden tersebut merencatkan perjuangan Daren  yangt akhirnya tewas 16-21, 21-16, 16-21, selain turut dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas perlawanan angkara melempar raket.

“Saya akui saya membalingnya selepas tamat perlawanan, jadi saya rasa kalau mahu membuat rayuan untuk kurangkan denda pun tidak berguna.

“Saya ada terfikir untuk buat rayuan tetapi rasa tiada guna, kalau saya membuat aduan kepada BWF (Persekutuan Badminton Dunia), pengadil itu juga daripada BWF, jadi saya rasa ia tidak akan ke mana.

“Memang saya marah dan gagal mengawal emosi kerana dua kali juri servis membenarkan servis dibuat oleh saya, tetapi tidak di pihak pengadil, sepertinya dia tidak mahu memberikan saya mata.

“Kalau nak diikutkan, memang mata itu sepatutnya milik saya, saya sendiri tidak faham kenapa pengadil tidak mahu mempercayai pertimbangan daripada juri servisnya sendiri,” jelas Daren.

Perjalanan Daren akan diteruskan minggu hadapan apabila bakal beraksi di Terbuka Hylo, Jerman bermula 1 hingga 6 November depan.

Daren sepatutnya dijadualkan bertemu wakil Denmark, Anders Antonsen di pusingan pertama namun pemain itu mengambil keputusan menarik diri dan Daren masih menanti BWF untuk memutuskan lawan terbarunya di saingan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya