Damok raih pengalaman berharga - Zulfahmi

Damok raih pengalaman berharga – Zulfahmi

Damok hanya perlu fokus berlumba, soal kewangan pihak pengurusan akan uruskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Prestasi yang dipamerkan pelumba wild card (jemputan) negara, Syarifuddin Azman atau Damok dalam perlumbaan Moto3 dianggap baik dan apa yang lebih penting ialah pengalaman berharga yang diraihnya pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia sebelum beraksi semusim penuh dalam kejuaraan dunia, tahun depan.

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang merupakan pasukan di mana Damok bernaung berkata, anak muda itu cuma tidak bernasib baik untuk mengutip mata apabila dia menamatkan aksinya di kedudukan ke-16.

“Pada pandangan saya, hari ini (kelmarin) prestasi Damok okay, sudah tentu kedudukannya tak bagus sebab dia habis No. 16, tapi, kalau kita lihat daripada senarai dia merupakan pelumba ketiga menggunakan jentera Honda.

“Kita tahu Honda adalah jentera yang kurang kompetitif tahun ini dalam kategori Moto3. Tetapi jentera Honda mantap pada JuniorGP di mana Damok berlumba.

“Jadi, secara keseluruhan saya sangat gembira dengan kemajuan Damok, saya rasa ini semua tentang raih pengalaman, bagaimana Damok mengendalikan tekanan di Sepang,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan berakhir di sini, kelmarin.

Menurut Zulfahmi, sebenarnya untuk Damok mengharungi GP Malaysia bukan satu perkara mudah dan hanya pelumba itu yang mampu menjelaskan sendiri apa yang dihadapinya.

Jelas bekas pelumba Moto2 dan Moto3 negara itu, pendedahan yang diterima Damok pada GP Malaysia juga merupakan satu latihan yang bagus menjelang perlumbaan terakhir Kejuaraan Dunia JuniorGP di Valencia, hujung minggu ini.

“Tahun lepas, Damok habis di kedudukan keenam untuk perlumbaan 1 dan 2. Pada masa itu, dia merupakan satu-satunya pelumba Honda dan yang lain didepannya semua pelumba KTM.

“Berdasarkan sejarah lalu, KTM adalah motosikal yang sesuai di Valencia, tetapi saya yakin tahun ini Damok lebih matang dan bagus kendali perlumbaan, jadi, saya rasa dia lebih kompetitif di Valencia,” ujarnya.

Tambah Zulfahmi, pada ketika ini, Damok menghuni kedudukan keempat dalam kejuaraan dan tempat kedua masih terbuka untuk direbut.

“Secara realistik Damok boleh bagi tentangan dalam perebutan untuk kelompok tiga terbaik dengan rakan sepasukan José Antonio Rueda yang telahpun bergelar juara,” katanya.

Mengulas pula mengenai Muhammad Hakim Danish Ramli yang kini mendahului Asia Talent Cup dengan 151 mata, Zulfahmi memberitahu, dia tidak meragui peluang pelumba berusia 15 tahun itu dinobatkan selaku juara lebih-lebih lagi prestasi baik yang dipamerkan sebelum ini di Mandalika, Indonesia.

“Tetapi bagi saya mendahului tiga mata (di depan pelumba Jepun, Shinya Ezawa) tidak bawa makna apa-apa. Walaupun dia bagus di Mandalika, namun, kita perlu berhati-hati untuk perlumbaan terakhir di sana (12 dan 13 November ini),” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya