Chelsea hukum 10 pemain AC Milan

Chelsea hukum 10 pemain AC Milan

CHELSEA mengorak langkah besar untuk ke peringkat kalah mati selepas menang 2-0 ke atas AC Milan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Chelsea mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas menundukkan AC Milan 2-0 di San Siro hari ini, sekali gus mengungguli tangga teratas Kumpulan E.

Skuad bimbingan Graham Potter menguasai permainan di depan ribuan penyokong Milan, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam sebahagian besar perlawanan selepas Fikayo Tomori dilayangkan kad merah kontroversi.

Bekas pertahanan Chelsea itu dibuang padang pada minit ke-18 kerana mengasari Mason Mount dalam kotak penalti, dan situasi tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Blues.

Jorginho menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Chelsea di depan dan Pierre-Emerick Aubameyang menggandakan kedudukan, 11 minit sebelum tamat babak pertama.

Kemenangan itu memastikan Blues mengungguli Kumpulan E dengan tujuh mata, satu mata mengatasi RB Salzburg yang mengikat Dinamo Zagreb 1-1 di tempat lawan.

“Perlawanan ini tidak mudah biarpun kami menentang 10 pemain lawan, terutama di  San Siro.

“Kami sudah bersedia untuk melawan 11 pemain lawan tetapi pengadil membuat keputusan dan kami perlu meneruskan permainan,” kata Potter.

Dua kekalahan berturut-turut kepada Chelsea menyaksikan Milan menduduki tempat ketiga dengan berkongsi empat mata bersama Zagreb.

Bagaimanapun, gergasi bola sepak Itali itu masih berpeluang untuk layak ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak musim 2013-2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya