Biarpun musim hujan, hujung tahun waktu terbaik anjur LTdL

Biarpun musim hujan, hujung tahun waktu terbaik anjur LTdL

PENGANJURAN Le Tour de Langkawi pada hujung tahun dilihat lebih praktikal bagi membawa masuk pasukan berstatus Jelajah Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) pada hujung tahun lebih sesuai untuk menarik penyertaan pasukan-pasukan bertaraf Jelajah Dunia.

Penaung Human Voyage Sdn. Bhd., Datuk Abdul Malik Mydin berkata, perlumbaan berbasikal lebuh raya tertua Asia itu sebelum ini biasanya diadakan sekitar Januari hingga Julai, namun ia sukar menarik minat pasukan dunia kerana jadual mereka sudah padat menyertai kejohanan lain di sekitar Asia Barat dan Australia.

“Kali ini kita ada enam pasukan Jelajah Dunia. Untuk dapat enam pasukan ini bukan sesuatu yang mudah.

“Tahun ini juga kita buat perubahan tarikh penganjuran berbanding sebelum ini pada awal tahun. Kenapa kita mohon pada September atau Oktober?. Walaupun kita tahu musim hujan tetapi kita tak mampu bersaing dengan negara Arab.

“Dulu tak ada Jelajah Oman atau Qatar. Mereka mempunyai dana yang banyak dan oleh itu mereka berupaya membida tarikh itu (Januari ke Julai), jadi bagi mengelakkan perkara ini, kita buat pada hujung tahun.

“Kalau dilihat pada sejarah (penganjuran) sejak 1996, tak banyak kejohanan ada – antaranya seperti Tour de France, Giro d’Italia, Vuelta a Espana, dan itu semuanya Grand Tour.

“Jadi (pada 1996), kita bawa dengan standard 2.2 kalau tak silap dan ia naik sehingga sekarang ini menjadi Pro Series. Jadi kita mengambil Pro Series pun sudah memadai berbanding World Tour. Pro Series pun sudah cukup baik, sekiranya mereka datang untuk mengumpul mata,” katanya.

Menurut Malik, kalender dari Januari sehingga Julai ketika ini penuh dengan perlumbaan WorldTour, jadi sepanjang tujuh bulan itu sukar untuk ‘menyelitkan’ LTdL.

LTdL 2022 juga adalah perlumbaan terakhir di bawah syarikatnya selepas tiga tahun memegang kontrak sejak 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya